Jazirah Cinta


salam....novel Jazirah Cinta oleh Randu Alamsyah...novel berkisar kehidupan zaman sekarang...penulis menyentuh isu perpecahan rumah tangga, isu pencurian, isu pelacuran, isu cinta dan isu kehidupan di dalam beragama...novel yang di susun dengan plot dan klimaks yang menarik....keberanian penulis dalam membwa isu2 tersebut di dalam penceritaan membawa kepada sebuah novel yg menarik di baca...

"Jazirah Cinta benar-benar membuat saya jatuh cinta, dari halaman pertama sampai akhir cerita ... "
Zaskia Adya Mecca, bintang film, penikmat novel

“Melalui novel ini, Randu Alamsyah berhasil mendamaikan dunia imaji yang liar dan dunia realitas yang kerap paradoksal. Selain mampu membingkai alur cerita yang sarat pesan-pesan luhur agama, ia juga mencoba mengungkap makna cinta secara luas …. Patut dibaca!”
Geidurrahman El-Mishry, penulis novel laris Bait-Bait Cinta

“Jika menganggap kisah-kisah berlatar belakang dunia pesantren cenderung stereotip, bacalah novel ini! Di dalamnya kita akan mendapatkan pelajaran berharga, sekaligus kisah yang menyentuh.”
Asma Nadia, novelis dan penulis Catatan Hati Seorang Istri

Ikan di lautan....

salam...tatkala memandu malam semalam mendengar Ikim.fm...segmen untuk remaja oleh Prof. izi....perumpamaan yang cukup bgus diberikan... 'Jadilah umpama ikan di lautan yang masin, masin lautan lansung tidak memasinkan isi ikan tersebut....tetapi bila ikan itu telah ditangkap, di bawa ke darat hnya secubit garam mampu menyebabkan isi ikan menjadi masin'

umpamanya dengan kehidupan kita, walau kita hidup dalam persekitaran yang sebegini kita mampu menjaga bersih hati kita....tapi sebaliknya jika kita terputus dari rahmat Allah, apabila hati kita mati...setitik kejahatan, sekali tersentap mampu mempengaruhi diri kita....
pentingnya menjadi seperti ikan yang mempunyai sistem biologi nya sendiri mampu menapis masinnya air laut dan mampu hidup di dalam persekitaran yang begitu...
begitu juga dengan diri kita, seharusnya mampu menapis segala anasir2 di dalam kehidupan penuh cabaran....

di dalam segmen tersebut, prof cukup menekankan tentang pergaulan yang terlalu bebas umpama tiada malu di kalangan remaja sekarang....
fikir-fikirkanlah dan terus berfikir...



p/s

ak sering terlupa, ingatkan ak, bimbing ak....
pentingnya tarbiyyah islam dalam individu...

Mampukah Ak.....



Lirik Langkah Tercipta - Unic

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Lagu : Bazli
Lirik : Bazli & Atie

'download'

Sebaran am

salam.

"Bengkel Ibadah : Kebaikan Ibadah Dr Perspektif Sains"

pd 14/3/2010 (ahad) dr jam 8.00 pg-1.00ptg b'tmpt di DK43.102 kompleks tun abdullah mohd salleh (KTAMS) UKM, yuran pelajar RM3, selain pelajar RM5. minum pg n makan tghr,sijil n nota akan disediakan.kpd yg berminat boleh bg nama,no mtrk n i/c untuk tempahan awal kdp exco perkim.faisal-0192271609. sebarkan sebanyak mungkin untuk kemantapan islam.

Sebaran am

1) Memohon sumbangan membangunkan 1 blok bangunan sekolah 3 tingkat.

Bangunan ini akan dijadikan asrama dan kelas-kelas pengajian tahfiz Madrasah Zubaidiyah. Untuk maklumat Lanjut, sila hubungi Ustaz Hanif Ghazali (Mudir Madrasah Zubaidiyah) ditalian, 019-480 5683.


2) Memohon sumbangan menghidupkan kembali Madrasah Tuan Hj Saad Mogoi.

Untuk Maklumat Lanjut boleh menghubungi Ust Yusof Ahmad Dali 019-4409948

3) Assalammualaikum warahmatullah Wabarakatuh

Masjid Bandar Country ingin mewujudkan mini library untuk kegunaan penduduk kariah. Masjid mengalukan sumbangan kabinet atau buku-buku untuk melengkapkan program tersebut.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi biro pendidikan Masjid Bandar Country En Abd Rahman Khalid di talian: 019-2142261.

http://www.almuttaqin.tv/

Sukarnya....



sukarnya menjaga mata....tatkala berjalan ke kuliah, meniti jalan yang agak jauh....pelbagai perkara yang bermain di fikiran, tesisnya, mid semnya, dengan labnya....tp 1 menarik nk di kongsi di sini sepanjang perjalanan sukarnya menjaga mata.... sukar....sukar....sukar sgt sukar menjaga mata....kesian pada lelaki...dengan majoritinya mahasiswa semua perempuan....bertudung tapi berpakaian ketat...menjadi trend pada zaman kini...trend fesyen jahil moden...berbaju ketat...berseluar ketat....ada yang lebih pelik bertudung tetapi bertshirt lengan pendek ketat...mereka sangka mereka menutup aurat tetapi umpama tidak berbaju, menampakkan susuk tubuh...kenapa ye berpakaian ketat, bukan ke semakin ketat pakaian semakin sukar pergerakan, semakin sukar untuk bernafas..mungkin mereka berpendapat makin ketat pakaian mereka semakin mereka di pandang orang, semakin bergaya...menjadi lumrah lelaki untuk melihat kepada perempuan dan sebaliknya.......berpakaian ketat menyebabkan timbulnya syahwat...apabila timbulnya syahwat boleh timbulnya fitnah....kemudian timbul pula kemaksiatan yang berleluasa. terkadang untuk menjaga mata, iman, lelaki terpaksa tunduk untuk tidak melihat...tetapi perempuan pula yang tanpa segan silunya menampakkan makhkotanya, ukiran pada dada....imam syafie yang hanya ternampak sedikit betis, tidak dapat menghafal pengajiannya...bagaimana dgn kita lelaki sekarang????

“Dan katakanlah olehmu wahai Muhammad terhadap perempuan – perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan diri mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan disebalik pakaian mereka kecuali yang zahir sahaja dan hendaklah melabuhkan tudung kepala mereka sehingga menutupi paras dada.”
Surah An – Nur ayat 31

“Daripada Abu Hurairah telah berkata, Rasulullah bersabda: Ada dua golongan ahli neraka yang aku tidak sempat melihat perbuatan mereka iaitu satu kaum yang memiliki cemeti seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia. Golongan kedua ialah wanita – wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Mereka bergaya dengan lenggang lenggok untuk memikat lelaki, bila dipujuk senang mengikut, kepala mereka didedahkan dan dihias bagaikan goh – goh unta. Wanita – wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat menghidu baunya walaupun bauan syurga itu didapati dari jarak seribu tahun perjalanan.”


Sepakat ulama sependapat seandainya potongan seluar dipakai wanita menyerupai seluar yang dipakai oleh lelaki sgn ketat serta dipadankan dengan baju yang ketat dan singkat serta sendat seperti T – shirt atau apa – apa fesyen baju yang ketat maka hukumnya adalah haram. Ini kerana pakaian tersebut dikira seolah – olah tidak berpakaian dan tidak sempurna menutup auratnya disebabkan masih nampak melalui bentuk tubuh badan yang jelas.

“Wahai nabi suruhlah isteri – isterimu dan anak – anak perempuanmu, serta perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya sewaktu mereka keluar. Cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali sebagai perempuan yang baik – baik. Maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun dan Penyayang.” Surah Al – Ahzab ayat 59

sejuk ati melihat muslimah yang berpakaian labuh, bertudung labuh, berstokin, menjaga tutucara...tahniah...tapi jgn tinggalkan saudara2 kita....amar maaruf, nahi mungkar dgn mereka....muslimah lebih dekat pada mereka...dekati mereka, tegur...tegur mereka selemah2 iman adalah dgn tidak meredhai....jgn kita ambil tidak peduli...umapama bersubahat, bersetuju dengan mereka...
akuilah.... akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah iman lelaki. seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri.kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri. sesungguhnya Utusan Allah ad mengatakan tentang bahaya dirimu. ' Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita' Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?
novel Tautan Hati.. Fatimah Syarha

p/s

jika ditnya kelak di mahkamah Allah....ak telah menyampaikan, membuka fikiran, dan mencegah kemungkaran....peduli akan saudara seislam kita...ak bukanlah ustaz dan ak akui kekurangan pengetahuanku dalam beragama...tetapi ak peduli ttg islamku....amar maaruf membawa kepada kebaikan dan nahi mungkar cegah kemungkaran itu tanggungjawab semua umat islam...Allah berfirman di dalam surah Ali Imran ayat 110
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia; kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (yakni kufur) serta kamu pula beriman kepada Allah dengan benar-benar iman; dan kalaulah ahli kitab (yakni Yahudi dan Nasrani itu) beriman sebagaimana yang semestinya tentulah iman itu menjadi baik bagi mereka. Tetapi di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. "

Ya Rahman...Ya Rahim....

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud " Allah berfirman, ' Jika hamba-Ku berniat melakukan keburukan, jangan kalian (para malaikat) catat kesalahannya hingga ia melakukannya. Jika ia telah melakukannya, tulislah dengan semisalnya. Jika ia meninggalkannya kerana-Ku, tulislah satu kebaikan. Jika ia berniat melakukan kebaikan dan belum melakukannya, tulislah untuknya satu kebaikan. Jika telah melakukannya, tulislah untuknya (ganjaran) sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda."

Ayuh mujahid cinta....(samb)



salam...

manusia selalu berhati-hati dengan batu besar, tetapi selalu tergelincir dengan batu kecil....

apabila dosa-dosa kecil itu berkumpul dan terhimpun pada diri seseorang, maka dosa2 tersebut akan membinasakannya..manusia kadang2 berhati2 dengan dosa besar, tapi seringkali jatuh ke dalam dosa-dosa kecil...