Kematian, episod sebenar kehidupan.......

Bingkisan seorg ustaz di ikim.fm...

Kehidupan ada permulaan dan peng-akhirannya..tetapi kematian itu ad permulaan nya tp tiada peng-akhirannya....itulah permulaan perjalanan yg sebenar-benarnya....

hakikatnya mati bukanlah peng-akhiran dan penamat bagi segala sesuatu tp itulah permulaan kehidupan yang tiada kematian lgi....

p/s

jika hendak berbuat maksiat, melanggar perintah Allah.... ingatlah tatkala jasad tidak bernyawa, tatkala jasad itu di mandikan, tatkala jasad itu di kafankan, tatkala jasad itu di solatkan, tatkala jasad itu diiring ke kubur, tatkala jasad itu dikebumikan, tatkala jasad itu ditalkinkan, tatkala jasad itu terbujur kaku di dalam kubur, tatkala dibangkitkan kembali, tatkala di mahkamah Allah....Apa nasib kita...apa nasib kita...apa nasib kita...fikirlah abid....

MengenaliMu Ya Allah-Mahsuri S.N.

MengenaliMu Ya Allah
rasanya makin merindu
yakin itu sudah tidak pernah
aku tanyakan pada diriku
kepada kalbuku
kerana sejak aku tahu
mengenal kehidupan
ketika masih belum mengaji
mukadam dan al Quran
aku sudah diberi kenal
ada bintang
ada bulan
ada matahari
dan ada awan
ada yang menjadikan

begitu aku terasa
tanpa bertanya
aku ingin makna mendalam
sudah kuterima kenyataan
bahawa alam jagat
dan seluruh mahluk ini
ada yang menjadikan
ciptaanMu Tuhan
Maha Pengasih Maha Penyayang

berulang ulang
dalam hidupku diberi nafas
berterusan menghayati nikmat
makan minum dan tidur berehat
maka dadaku penuh mengingati
namaMu sentiasa dibibirku
dan degup jantungku
sentiasa mengingatiMu
adalah tandaku
dalam ingatanMu
maka apabila aku diberi hayat
di alam jagatMu
bergerak berkerja
mencari makan dan
bergaul dengan insan
insan dan umatMu
menjadi sebutan degup hatiku

dan apa dan bagaimana
dan dimana aku berada
aku sentiasa dikurniai
inayahMu Ya Allah
maka aku sentiasa mengingatiMu

maka dalam bersorak
bergerak dan berteriak
untuk apa
untuk bagaimana
aku tiba tiba saja
seperti digerak
oleh suatu kuasa
menyentuh dalam kalbuku
maka aku jadi terkelu
mati teriak sorakku
kerana nafasku
terasa tinggal satu satu
maka tahu aku Ya Allah
lonjak dan sorak
gelak dan teriak
bisa sekali lenyap
dalam satu helaan nafas
ketika dalam kealpaan
menghayati dalam kefanaan

.....Mahsuri S.N.

Al fatihah


As salam...Al-Fatihah buat Allahyarham Hj Lamri Bin Sarifi (Atok Abid), 17 okt 2010..

Semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin...Diangkat semua amalan, diterima segala kebaikan dan diampunkan segala dosa..Amin Allahumma Amin....

"Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhainya. Maka masuklah engkau di dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurgaku"

Surah Al-Farj ayat 27-30


Nafsu, Hati, Jiwa....

" Dan aku tidaklah berani mengaku diriku suci (daripada dosa), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh melakukan kejahatan, kecuali nafsu (orang) yang telah diberi rahmat oleh tuhanku. Sesungguhnya tuhanku maha pengampun lagi maha penyayang"

Surah Yusuf ayat 53


"Demi jiwa (manusia) dan penyempurnaan (kejadiaannya). Maka (Allah) mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan dan yang membawanya kepada ketaqwaan. Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan jiwanya. Dan sesungguhnya hampalah orang yang mengotorinya"

Surah As-sham ayat 7-10


"Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhainya. Maka masuklah engkau di dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurgaku"

Surah Al-Farj ayat 27-30


p/s

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...berikanlah rahmatmu ke atas diriku dan saudara seperjuang, seimanku bagi kami terus berpegang pada ad din mu..........