Aku terima nikahnya...


salam...dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...
sekadar ingin berkongsi khutbah jumaat td ttg perkahwinan...smasa awal khutbah khatib mengingatkan kepada jemaah agar jgn tidur semasa khutbah...bgus2..huhu jadi jemaah nk tdo pun tersegan...perkahwinan adalah ibadah, mengeratkan ukhwah, menyatukan dua jiwa daripada berlainan latar...dan perkahwinan menghalalkan pergaulan bebas yang haram...point ni kena tekankan untuk atasi masalah pembuangan zuriat..
Perkahwinan sepatutnya indah..ptongan ayat daripada surah al-baqarah ayat 187 yang bermaksud "Isteri-isteri kamu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka"... itulah pentingnya kesefahaman dan menerima seadanya di dalam rumah tangga..cuba bayangkan jika pakaian malu itu ditanggalkan...

Sepertimana statistik dari majlis agama islam selangor purata sehari 8 kes penceraiaan dilaporkan...umpamanya jika 1 hari ada 4/5 majlis perkahwinan dan lebih banyak penceraiaan berlaku..sama2 kita baca hadis di bawah...

Sabda nabi S.A.W "Dikahwini wanita itu(untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya,dan agamanya.Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu)wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu" (riwayat Bukhari dan Muslim).

betapa pentingnya agama dalam memacu manusia...sikap tolak ansur, memahami tanggungjawab suami isteri dan pegangan pada prinsip pada agama dapat memacu keluarga yang bahagia...

antara ayat2 quran dalam khutbah td...

" Dan kahwinilah orang bujang daripada kalangan kamu dan orang yang (berkahwin) daripada kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurniaannya kerana Allah maha luas (rahmatnya), lagi maha maha mengetahui" surah an-nur ayat 32

"Dan antara tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya) bahawa dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu hidup bahagia denganya dan dijadikanNya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan kasihan belas. sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang berfikir." surah ar-rum ayat 21

bagi yg tgh couple cpt2 kahwin, xelok lama2 couple...couple pun xelok...manis lagi bercinta selepas kahwin...nk tau manisnya bercinta selepas kahwin boleh klik link ni n dapatkan buku dia...suma pengalaman yang dilalui dengan pasangan adalah pertama kali dan halal...

p/s
bataskan pergaulan antara laki dan pereempuan...
halakan hubugan...

Subhanallah...Maha Suci Allah



Tamer Hosny - Subhanallah

p/s

Allah maha besar, sebesar-besarnya...segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya....

Sinetron Hamba-hamba Allah

salam...sinetron di Astro Oasis bertajuk Hamba-hamba Allah...sinetron setiap hari isnin hingga jumaat jam 1.30 petang dan ulangan pada jam 9.00 mlm hari yang sama...sinetron menggambarkan kehidupan di dalam masyarakat yang pelbagai dan berterapkan islam...pelbagai watak dapat dilihat di dalam sinetron ni...banyak input dan pengajaran dpt kita ambil daripada sinetron ni...sindiran2 halus juga memberikan impak kepada penonton...antara pelakon nya adalah Opick sendiri yang membawakan watak pak ustaz yg bersahaja tetapi berprinsip dalam mendidik...pak ustaz mengajar anak2 kampung dipersekitaran kelas terbuka...diselitkan lagi dgn konflik keluarga pak imam...pak imam dan isterinya adalah soleh...watak karmila yg lembut terkadang memberontak, watak luna yg sedikit kasar tetapi penyayng dan watak mutia yng comel dan petah...keluarga pak imam hidup miskin tetapi mereka dididik dan dekat dengan Allah..dibibir mereka melekat kalimah syukur alhamdulillah..kesusahan dan kepayahan hidup menjadi pengajaran hidup mereka....seperti biasa di dalam semua sinetron, pelbagai konflik yang melanda menarikkan lagi penceritaannya...

Tragedi Cinta Taj Mahal

salam...novel Tragedi Cinta Taj Mahal karya Aneesah Aliyyah terbitan Telaga Biru...novel ni disuggestkan oleh ustaz zahazan semasa Al-kuliyyah Tv3 semperna hari belia malaysia...novel ni xtebal..mengisahkan ttg kehidupan Natasha dan Jonathan a.k.a Johan..Jonathan yang tercari kebenaran beragama bertemu dgn Natasha di universiti mereka blja..sifat lembut, berpegang pada prinsip dan agama Natasaha membuatkan minat john terhadap islam kembang...
sikap dan prinsip Natasha wajar dicontohi muda-mudi sekarang...walau berada di bumi org Natasha ttap dgn prinsip beragamanya..kaitan nya dgn Taj Mahal...Bahar, suami Natasha menghadiahkannya mahligai umpama taj mahal kepadanya sbgai tanda kasih sayang...tetapi di mahligai tulah Bahar meninggal dunia...misterinya, adalah black magic...kesudahannya, antara Natasaha dgn John kena bca sendiri...novel ni disusun dengan ayat2 yang menarik...wataknya wajar diteladani...

Syabab...andainya pemuda semangat sspertimu


Novel bertajuk 'Syabab..Musafir Kasih' karya Fatimah Syarha Mohd Noordin...berceritakan ttg seorang pemuda bernama syabab..mengisahkan ttg syabab seorng anak yatim sejak daripada kecil sehingga menjadi seorang pemuda dakwah...zaman kanak2nya cukup sedih tetapi kecekalan dan sokongan nur mumtazah menjadi motivasi kepada syabab...syabab penah terjatuh ke lembah yg tak patut dilaluinya...tetapi dia cepat tersedar, dan mengorak langkah menjadi muslim yang baik..mendalami ilmu agama di bumi anbiya...semangat dakwahnya dan tekad untuk memperbaiki pemuda di kampungnya cukup terkesan...sperti biasa, penulis meletakkan beberapa cerita yang berlaian....novel dengan tarbiyyah dari hadis dan ayat2 quran...juga menggambarkan bagaimana suasana ilmu yang berkembang di bumi anbiya...

p/s
utk diriku yg terutama dan saudara seislamku....
ayuh 'syabab'....miliki semangat spt syabab....

Derap-derap tasbih

salam....dh lama x update novel...alhamdulillah lepas final ada kelapangan utk membaca...novel Derap-derap tasbih karya Hadi S. Kuli...berkisar ttg fatih seorang pemuda yang dijaga oleh keluarga angkat iaitu keluarga kiai, pengalaman dan konflik hidup banyak mengajarnya...sinopsisnya spt di bawah...

Cinta adalah anugerah terindah dari Sang Ilahi. Sebagai muslim atau muslimah, sewajibnya mensyukuri anugerah cinta dengan cara-cara elegan, cantik dan beriman. Sayang, Wardah, putri kiai pengasuh pesantren yang kesohor kealimannya, gagal mengelola gelegar cintanya pada Fatih, santri pengarang kreatif dan sekaligus anak asuh keluarga kiai tersebut. Bahkan, dengan emosi membara, Wardah berjuang untuk membuktikan pada Fatih bahwa tak sepatutnya Fatih menolak cintanya karena ia putri kiai besar, cantik dan berpengaruh. Sayang, Wardah kebablasan. Ia terjerembab ke jurang kelam penuh duri maksiat. Dan, siapakah yang mampu menyembunyikan aroma-aroma bau?


Peristiwa buruk yang dialami Wardah membuat Fatih merasa sangat bersalah pada kiai yang amat dicintai dan dihormatinya. Tapi, sang kiai menolak untuk menikahkan Wardah dengan Fatih karena janin di rahim Wardah bukanlah anak Fatih. Kata sang kiai, ?Setiap orang berhak mencintai dan dicintai bukan karena keterpaksaan atau belas kasihan, tapi keikhlasan.?


Didukung tema kritis yang menukik, setting yang kuat, alur kisah yang penuh kejutan, konflik yang mengharu-biru dan dentuman-dentuman karakter tokoh-tokohnya yang detil, novel religius ini mampu menghadirkan banyak renungan bagi setiap pembacanya guna memaknai dan mensyukuri cinta dalam bingkai harmoni keimanan dan kearifan tradisinya. Suatu sikap hidup yang terkesan sederhana, bahkan saking sederhananya terlalu sering disepelekan, tapi justru mayoritas kita bisa menjadi pecundang karenanya?

p/s

kalau tersilap dah sedar jangan menghukum tapi bantu...
masalah itu, masalah kita bersama

Saya ingat pasu ustaz...

salam...sambungan daripada entry 'Ayuh kita...' ....pentingnya nasihat dan ingat mengingati....
saya ingat pasu ustaz....

Ayuh kita....

salam...segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam...pentingnya kita mengingati satu sama lain...terkadang diri tahu perkara itu salah tapi kita tetap lakukannya..itulah pentingnya nasihat, ingatan sebagai pemangkin motivasi kepada diri untuk menjadi lebih baik...mungkin hari ini abid mengingatkan mikyad yang lupa, mungkin esok lusa mikyad pula ingatkan abid...indahnya hidup dengan tarbiyyah...mengingati semasa islam tidak kira siapa pun...tidak dinafikan mudah mulut berbicara, tetapi terkadang kita x mampu lakukan nya.....walau dengan hanya dgn perkataan 'jangan'....ayuh renungi ayat di bawah...


Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?" Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa"


Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka)...

surah al-a'raaf ayat 164-165...

p/s
pesanan buat diriku dan saudara seislamku
ayuh kejar ajakan syurga...tinggalkan rayuan neraka...azab neraka itu amat pedih, nikmat syurga itu tidak terhitung...
ayuh kecapi dengan cermat nikmat iman & islam itu, bukan lari dari nikmat iman & islam itu...lari hanya membuatkan kita jauh...ingat, tidak semua yang Allah bagi nikmat iman & islam...dan tidak semestinya akhirul kalam kita dengan kalimah syahadah...