sebaran am
Artikel menarik utk dikongsi...anda mungkin di saman...
BANDA ACEH - Polis pencegah maksiat di sini yang dikenali sebagai Wilayatul Hisbah giat memberi teguran kepada pasangan kekasih yang duduk di tepi pantai, wanita tidak bertudung, berjudi dan peminum arak.
"Kamu masih tidak berkahwin. Kamu sepatutnya tidak berada bersama-sama di sini.
"Kamu sepatutnya pergi dari sini," kata seorang pegawai pencegah maksiat itu kepada satu pasangan kekasih yang berjalan ke tempat meletak kenderaan sambil disaksikan oleh sejumlah orang di sini, baru-baru ini.
Gadis-gadis yang memakai pakaian ketat turut diberikan amaran supaya tidak memakainya pada masa depan.
"Kamu tidak sepatutnya malu pada diri sendiri kerana memakai pakaian seperti ini," kata seorang pegawai pencegah maksiat itu.
"Pergi pulang dan pakai pakaian yang lebih sederhana," katanya.
Menurut Ketua Jabatan Undang-Undang Syarie Wilayah Aceh, Marzuki, pihaknya membuat pencegahan tanpa mengambil pendekatan keras terhadap pesalah sebagai salah satu cara untuk mereka memahami tujuan pasukan itu membuat teguran.
Wilayah Indonesia itu dibenarkan untuk menggunakan undang-undang syariah sebagai sebahagian daripada perjanjian autonomi dengan pemerintah negara tersebut pada 2002. - Reuters
sumber : www.kosmo.com.my
semak status saman anda....semak status saman dengan muhasabah diri anda....
klu d malaysia, undang2 sebegini...alhamdulillah....syukur pada Allah...
terdidik jiwa, terdidik hati, sempurna ibadah, insya'allah amalan di terima....
link lain...

Pelaburan....
ibadah fardhu sebagai modal,
ibadah sunnah sebagai keuntungan...
Sinar cahaya itu tampak...tapi terlalu banyak kabus mengaburinya....
daripada sahabat
p/s
terima kasih ingatkan ak yang hanyut...
ak x patut fikir, benda yang xpatut ak fikir...
Ya allah..ak memohon cintaMu...
Ali imran ayat 14-15....
'Katakanlah (wahai muhammad), ' Mahukan aku sampaikan kepada kamu akan sesuatu yang lebih baik daripada semua itu?. Bagi orang yang bertaqwa disediakan di sisi tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dan disediakan juga isteri-isteri (pasangan) yang disucikan serta (beroleh pula) keredhaan daripada Allah'. (ingatlah) Allah sentiasa melihat akan hamba-hambanya'