Ayuh kejar ajakan syurga...
(tingkatkan amalan mu wahai diri)

Tinggalkan rayuan neraka...
(tinggalkan maksiat wahai diri)

Azab neraka itu amat pedih..
(jangan menjurus ke arah itu dengan sengaja/xsengaja wahai diri)

Nikmat syurga itu tidak terhitung...
(jadikan satu matlamat yg wajib dikecapi wahai diri)

Ayuh kecapi, genggam dengan cermat nikmat iman & islam itu..
Bukan lari dari nikmat iman & islam itu...
Lari hanya membuatkan kita jauh...
sebaliknya kejar dan genggam kembali jika terjatuh..

Ingatlah wahai diri, tidak semua yang Allah bagi nikmat iman & islam...dan tidak semestinya akhirul kalam kita dengan kalimah syahadah...
Insaflah Wahai diri, jgn dikejar cinta tidak pasti, sebaliknya renunglah Cinta Allah pada hambanya..
Malulah wahai diri, jika maksiat yg dikau persembahkan dalam hidupmu...Allah xpenah jemu memberi nikmat kepada hambanya..

p/s

untuk diriku dan saudaraku..

Sebaran am...

salam..bermula 29 jun sehingga 3 Julai 2010..berlansungnya Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-53 yang diadakan di Dewan Saadah, Wisma Muis, Kota Kinabalu, Sabah...siaran lansung blh ditonton di Astro oasis dan Tv1 selepas isyak...dengan tema Memantapkan Ukhwah, Memperkasa Ummah...

p/s

Ya Allah..berkatilah kami di bulan rajab dan syaaban dan sampaikanlah kami ke ramadhan....

Pohon yang buruk..

"Perumpamaan kalimah yang buruk (kalimah kekufuran) seperti sebatang pohon yang buruk (tidak berguna) yang telah dicabut akar-akarnya dari muka bumi. Ia tidak ada tapak untuk tetap hidup"

Surah Ibrahim ayat 25

Pohon yang baik...

"Tidakkah engkau melihat (wahai muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perumpamaan iaitu: kalimah yang baik (iaitu kalimah tauhid) adalah seperti sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit,

Pohon itu mengeluarkan buahnya setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mengambil pengajaran)"

Surah ibrahim ayat 24

Sebaran am

1) Pembelian dan wakaf Lot Bangunan untuk pembinaan Pusat Tahfiz Al-Itqan, Kemaman Terengganu

Untuk malumat lanjut sila hubungi Ust Nordin 013-9547553 @ Ust rosli -019-9021178

No Akaun semasa al-Mudharabah RHB:

Pusat Tahfiz Al-Itqan

2-60342-0000461-4

2) Bantuan kepada Maahad Tahfiz Rahimiyyah, bandar pusat Jengka, Pahang

Untuk Maklumat lanjut hubungi pengetua Maahad Tahfiz Rahimiyah 09-4663529 @ 019-9300486

No akaun BIMB:

Tahfiz al-Rahimiyyah

06037010002799

3)Bantuan kepada sekolah agama rakyat Ampang

Salam kepada sahabat -sahabat,

Bantuan anda semua amatlah diperlukan bg menyelamatkan seramai 400 org pelajar Sekolah Agama Rakyat (KAFA INTEGRASI) AL WAHIDAH, Taman Bukit Indah Ampang kerana pada masa ini bangunan sekolah mereka sedang dilelong oleh pihak bank berkemungkinan daripada pemilik bangunan tidak mampu membayarnya.

Harga yang ditawarkan adalah RM 550,000 dimana pihak sekolah tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membelinya walaupun Pengetua sekolah tersebut sedang mencuba sedaya upaya untuk menyediakan wang yang dikehendaki.

Pihak sekolah diberikan masa selama 6 bulan oleh pihak bank bg menyediakan wang tersebut. Setakat email ini ditulis pada 09/05/2010 pihak sekolah telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM 20,000 dan mereka menpunyai masa lebih kurang 5 bulan lagi.

Oleh yang demikian, pihak sekolah sedang menjual saham sebanyak RM50 seunit bagi sesiapa sahaja yang ingin membeli bagi membantu pihak sekolah menyediakan wang yang secukupnya.

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan kepastian mengenai keadaan sebenar, tuan2 dan puan2 bolehlah menghubungi sendiri Pengerusi Sekolah tersebut seperti butir2 dibawah.

HJ MOHAMED BIN SAHARUDIN - 0162953756 / 0199476844

Sumbangan tuan2 dan puan2 bolehlah di masukkan kedalam akaun bank seperti dibawah

Akaun : KAFA INTEGRASI AL WAHIDAH

Maybank :: 562209609000

Tolong lah panjangkan email ini kepada sahabat handai yang lain yang boleh turut serta membantu pelajar-pelajar sekolah tersebut.

Al-Muttaqin Tv

Siaran Ilmiah Anda

Petunjuk sepanjang zaman...


'Ta, ha', 'Kami tidak menurunkan Al-quran ini kepadamu untuk menyusahkkanmu' 'Tetapi untuk menjadi peringatan bagi orang yang takut melanggar perintah Allah' 'Ia diturunkan daripada (tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi' 'Tuhan yang maha pemurah, bersemayam di atas 'Arasy (sebagaimana yang layak bagi Zat-Nya)' 'Dialah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bawah tanah di perut bumi'

Surah Taha ayat 1 hingga 6

p/s

The only and the best solution is to come back to the Quran and Sunnah..

Isu itu Isu seluruh muslim...

Dengan nama Allah yg maha pemurah lgi maha penyayang..
salam...peristiwa kapal bantuan ke Gaza yg diserang tentera israel yg dilaknat Allah umpama membangkitkan kembali org2 yg bermimpi...umpama dialog di dalam filem Pendekar Bujang Lapok 'ini betul2, bukan cobaan x3' ...
Sebagai muslim...isu ni bukan isu bermusim..umpama bila ad hasil, ada kepentingan...baru dituai, tp isu ni isu dari pada akarnya...perlu digubah pada akarnya...perlu dilihat pada diri sebelum kita pergi lihat yg lain, terkadang kita lantang bersuara, tp umpama mengtuk pada tin yg kosong, bunyinya sahaja kuat tp isinya benar2 kosong...kita membantah tindakan kejam terhadap umat islam, tp dalam masa yg sama kita menggenggam pengaruh yahudi dengan kuat...terutamanya skali cara hidup masa kini, hiburan yg melampau, hendonisme...
ehm dari situ kita dapat lihat ralatnya...



p/s
perlu ambil tahu...cubit paha kanan, peha kiri terasa...