Mudah...mmg mudah..

As salam sekdar ingin berkongsi bingkisan Dr hj hashim di dalam rancangan Persada Jurnal di RTM1..

"Indah-islam itu indah"
"Sejahtera-Aman dan damai"
"Lengkap-Syumul islam melengkapi dalam semua perkara"
"Al-quran-Kalam Allah sebagai panduan kepada hamba-hambanya"
"Muhammad S.A.W- Sebagai idola dan sunnahnya sbgai panduan"

Ini pula bingkisan daripada Prof Dr Muhaya di Ikim.fm..

Seorg budak di datangi 3 org tetamu...ketiga2nya sama berjubah putih, berjanggut panjang dan mukanya tampak bersih...3 org tetamu tu adalah kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan...si budak pun masuk ke dalam rumah bertnya kepada ayah dan ibunya tetamu mana yg hendak dijemput masuk..si ayah memilih kekayaan, denga kaya mcm2 blh dilakukan..si ibu pula memilih kejayaan, dengan kejayaan katanya dpt menjamin masa hadapan....si anak termangu dan trus berfikir....akhirnya sekian lma berfikir si anak memilih kebahagiaan...tetamu kebahagiaan di jemput masuk, tidak semena2 tetamu kejayaan dan kekayaan trut ikut masuk ke dalam rumah tersebut...faktanya dengan kebahagiaan yg dicapai dgn islam, akan dpt juga kejayaan dan kekayaan....jika berkehendak dunia, kita akan dpt dunia..tp jika kita berkehendak akhirat, kita akan dpt kedua-duanya...dunia dan akhirat...

p/s

Dakwah itu mudah

Hiburan semata...

As salam...Dengan Nama Allah...Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya mutakabbir..selayaknya hanya bagi Allah..kali ni abid nk ajak tuk lihat pada satu persoalan...mengenai hiburan pada masa kini.....semenjak ni lahirnya rancangan2 realiti tv yang berbentuk hiburan semata2 dengan banyaknya..tidak terkecuali realiti tv utk kanak2..kanak-kanak..abid teringat satu ketika, topik pagi di ikim.fm membincangkan topik penglibatan kanak2 di awal umur dengan hiburan...blh dikatakan semua pendengar tidak bersetuju dengan penglibtan kanak2 di dalam industri hiburan....bagi abid sendiri abid juga tidak bersetuju..

kain yg putih bersih pada mulanya terpulang utk dicorakkan, jika baik coraknya, moleklah kain itu tampak indah..., jika kain putih di titik dengan satu titik hitam dengan satu titik hitam lagi satu demi satu..lama kelamaan tampaknya hanya hitam...tidak menarik...bukanlah cara hidup artis, cara berpakaian, cara pergaulan menjadi idola, menjadi paksi untuk anak2 membesar...Sebaliknya islam itu indah, mudah tp jgn dipermudahkan...abid xnk bincang implikasi kanak2 terlibat dgn hiburan, fikrlah sendiri, adakah generasi akan dtg generasi hiburan???..

itu hiburan buat kanak2, bagai mana pula yg dewasa dengan terkinja2 menari, menyanyi, bercampur gaul laki permpuan...semua dilakukan tanpa segan silu, mcm perkara biasa dh, dh xda salah..ehmmm...kita dah besar, dpt fikir warasnnya baik buruknya satu perkara...fikirkan sendiri, muhasabah..cuma abid nk ingatkan terutama buat diri abid, ingat kita seorng islam yang benar2 islam bukan hanya pada nama...jika kita terjebak, sampai bila kita mahu terjebak..fikir2kan...secara rumus, bersederhanalah dalam berhibur...

(Lalu dikatakan kepada mereka setelah ditimpakan dengan azab), "Balasan buruk yang demikian ini disebabkan kamu dahulu bersukaria di muka bumi dengan cara yang salah (melakukan perbuatan syirik dan menolak kedatangan hari kiamat), dan juga disebabkan kamu berlebih-lebihan dalam bersukaria"


Surah Ghafir ayat 75

Abid teringat semasa kem rohani di bangku sek. men....pesanan ustz, untuk cuba shiftkan hiburan barat yang kamu ikuti sekarang kepada hiburan yg bermanfaat, yg islamik seperti nasyid, qasidah, alunan zikir, bacaan quran...cuba dan cuuuubbaaaaa...nasyid itu sama kualitinya dengan muzik2 barat malah lebih terisi daripda lagu barat yg tidak ketahui liriknya...smenjak pada itu abid mula berjinak2 dengan nasyid dan mula meninggalkan lagu2 daripada barat...buat sesiapa yg nk try to shift abid syorkan dgr lagu daripada sami yusof, maher zain, ahmad bukhatir, soldier of Allah dan juga dari nasyid tempatan..lagu2 ni xkurang hebatnya malah terselit kalimah2 memuji Allah S.W.T....dalam mendengar jiwa terisi, dalam menyanyi memuji Allah, dalam lagunya punya mesej dakwah yg hanya perlu difikir sejenak untuk merungkainya...Ayuh Celik !!!

ketahuilah, ketahuilah dalam sedar kita....selamilah kalam Allah di dalam Surah Fatir ayat 19-21...

"Tidaklah sama orang buta dengan orang yg celik"

"Dan tidaklah sama kegelapan dengan cahaya yang terang-benderang"

"Dan tidaklah sama suasana yang teduh dengan panasnya"

Surah Fatir ayat 19-21...

Dunia bukanlah segalanya...hidup di dunia ada permulaan dan akhirannya, tetapi akhirat pula ada permulaan tiada penghujungnya, itulah kehidupan sebenar2...

"Sesiapa yang hanya menginginkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak diakui oleh al-quran tentang sah atau batalnya), maka kami akan membalas hasil usaha mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka tidak dikurangkan sedikit pun padanya"

"Merekalah orang yang tidak memperoleh sesuatu pun pada hari akhirat kelak melainkan azab neraka, pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia dan sia-sialah apa yang mereka telah kerjakan"

Surah Hud ayat 15 dan 16

Jadikan Quran dan Sunnah sebagai panduan...istiqamahlah...

"Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang benar sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang yang kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian. Janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah maha melihat akan apa yang kamu kerjakan" Surah Hud ayat 112

p/s

"Wahai tuhan kami! kurniakanlah kami rahmat daripada sisimu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami" Surah Al-Kahfi ayat 10

Hijrah seorg islam kepada fitrah seorng islam

Dengan nama Allah aku menulis..kalimatan...dua kalimah, Maha suci Allah dengan segala pujianNYa, Maha suci Allah yang Maha Agung...Ya Aziz..Ya Jabbar, Ya Mutakabbir..Ya Rahman, rahmati junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga baginda....Segala puji bagi Allah atas setiap sesuatu...

kali ni abid nk ajak diri abid berfikir dan saudara seislam sepejuangan abid utk melihat kepada satu persoalan...'Hijrah seorng islam kepada fitrah seorng islam'...alhamdulillah hari ni masuk kita ke tahun hijrah yg baru 1432 hijrah...semoga kita sentiasa di dalam ketenangan dan rahmat Allah bagi hari2 yg mendatang...Sebelum abid terlupa, abid ingin memetik kata2 Prof Dr Harlina Siraj...'Idealisme islam itu indah tetapi praktiknya kurang'...

Hijrah seorng islam kepada fitrah seorng islam...seorng islam kepada fitrah seorg islam...kita dpt lihat teliti pada masa kini..ramai yg islam tp islam hnya pada nama..islam hnya tinggal islam dalam kehidupan...solat diremehkan, soal aurat diremehkan...pergaulan bebas dicari..tidak ada praktik islam di dalam kehidupan...dari pengamatan abid yg baru masuk ke alam pekerjaan, abid terkejut...rata2nya kurang peka ttg solat....

Syumul islam..islam merangkumi segala perkara...segala aspek kehidupan...islam itu indah...tp kurang mempraktikkan islam dlm kehidupan menyebabkan islam tampak tidak indah...kita lihat pada isu aurat, brapa ramai anak muda yg tidak menutup aurat..brapa ramai yg menutup aurat tetapi sekadar menutup..tgk pada pergaulan remaja sekrang lelaki perempuan umpama tiada salah segan silu bersentuhan berpeggang tgn...ramai juga peganagan nya ahli sunah wal jumaat, hnya mempraktikkan yg sunah seperti solat terawih dan solat jumaat yg tampak di mata sja...ini kira ok lagi...walaupun xok sebenarnya... tahu malunya jika tidak solat jumaat, tidak bertarawih...tetapi xberguna umpama bina bangunan...tiang asas tidak dipasang, di cacak lagi tp bangunan dh 2 tingkat siap di bina...roboh bgunan tu...

elokalah kita muhasabah diri..terutamanya buat abid sendiri...kembalilah kepada aturan di dalam islam...kembalilah kepada islam yg syumul....praktikkan islam di dalam kehidupan...miliki kembali jiwa hamba yg mendambakan ketenangan, syurga abadi...kehidupan amanah Allah...segalanya dipinjamkan kepada kita...sedangkan jasad ni dipinjamkan...mai kita hijrah mai...kita tgk pada diri kita.....adakah aku hendak begini sampai bila2?????Adakah????



p/s

buat abid dan dirinya

Secara umumnya dakwah itu pada dua, berdakwah kepada org yg azalinya islam dan dakwah kepada bukan islam...fikirkan, bandingkan pendakwah islam dgn agama lain..fikirkan apa beza mereka dgn kita...

Binnabil huda

Kalimatan (Dua kalimah)



Dua kalimah..
Maha suci Allah segala puji bagiNya...
Maha suci Allah yang Maha Agung...
Dua kalimah.....
Sangat disukai Ar-Rahman...
Sangat ringan di atas lidah..
Tetapi berat pada Al-Mizan...
Maha suci Allah segala puji bagiNya...
Maha suci Allah yang Maha Agung...

p/s
Wahai diri ini yg mendambakan ketenangan..hidupkanlah dirimu dengan terus menerus mengingati Allah...
Ya Rahman Ya Rahim...temukan ak keindahan ketenangan di dalam solatku, zikir ku dan bacaan quranku...

Kematian, episod sebenar kehidupan.......

Bingkisan seorg ustaz di ikim.fm...

Kehidupan ada permulaan dan peng-akhirannya..tetapi kematian itu ad permulaan nya tp tiada peng-akhirannya....itulah permulaan perjalanan yg sebenar-benarnya....

hakikatnya mati bukanlah peng-akhiran dan penamat bagi segala sesuatu tp itulah permulaan kehidupan yang tiada kematian lgi....

p/s

jika hendak berbuat maksiat, melanggar perintah Allah.... ingatlah tatkala jasad tidak bernyawa, tatkala jasad itu di mandikan, tatkala jasad itu di kafankan, tatkala jasad itu di solatkan, tatkala jasad itu diiring ke kubur, tatkala jasad itu dikebumikan, tatkala jasad itu ditalkinkan, tatkala jasad itu terbujur kaku di dalam kubur, tatkala dibangkitkan kembali, tatkala di mahkamah Allah....Apa nasib kita...apa nasib kita...apa nasib kita...fikirlah abid....

MengenaliMu Ya Allah-Mahsuri S.N.

MengenaliMu Ya Allah
rasanya makin merindu
yakin itu sudah tidak pernah
aku tanyakan pada diriku
kepada kalbuku
kerana sejak aku tahu
mengenal kehidupan
ketika masih belum mengaji
mukadam dan al Quran
aku sudah diberi kenal
ada bintang
ada bulan
ada matahari
dan ada awan
ada yang menjadikan

begitu aku terasa
tanpa bertanya
aku ingin makna mendalam
sudah kuterima kenyataan
bahawa alam jagat
dan seluruh mahluk ini
ada yang menjadikan
ciptaanMu Tuhan
Maha Pengasih Maha Penyayang

berulang ulang
dalam hidupku diberi nafas
berterusan menghayati nikmat
makan minum dan tidur berehat
maka dadaku penuh mengingati
namaMu sentiasa dibibirku
dan degup jantungku
sentiasa mengingatiMu
adalah tandaku
dalam ingatanMu
maka apabila aku diberi hayat
di alam jagatMu
bergerak berkerja
mencari makan dan
bergaul dengan insan
insan dan umatMu
menjadi sebutan degup hatiku

dan apa dan bagaimana
dan dimana aku berada
aku sentiasa dikurniai
inayahMu Ya Allah
maka aku sentiasa mengingatiMu

maka dalam bersorak
bergerak dan berteriak
untuk apa
untuk bagaimana
aku tiba tiba saja
seperti digerak
oleh suatu kuasa
menyentuh dalam kalbuku
maka aku jadi terkelu
mati teriak sorakku
kerana nafasku
terasa tinggal satu satu
maka tahu aku Ya Allah
lonjak dan sorak
gelak dan teriak
bisa sekali lenyap
dalam satu helaan nafas
ketika dalam kealpaan
menghayati dalam kefanaan

.....Mahsuri S.N.

Al fatihah


As salam...Al-Fatihah buat Allahyarham Hj Lamri Bin Sarifi (Atok Abid), 17 okt 2010..

Semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin...Diangkat semua amalan, diterima segala kebaikan dan diampunkan segala dosa..Amin Allahumma Amin....

"Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhainya. Maka masuklah engkau di dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurgaku"

Surah Al-Farj ayat 27-30


Nafsu, Hati, Jiwa....

" Dan aku tidaklah berani mengaku diriku suci (daripada dosa), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh melakukan kejahatan, kecuali nafsu (orang) yang telah diberi rahmat oleh tuhanku. Sesungguhnya tuhanku maha pengampun lagi maha penyayang"

Surah Yusuf ayat 53


"Demi jiwa (manusia) dan penyempurnaan (kejadiaannya). Maka (Allah) mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan dan yang membawanya kepada ketaqwaan. Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan jiwanya. Dan sesungguhnya hampalah orang yang mengotorinya"

Surah As-sham ayat 7-10


"Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhainya. Maka masuklah engkau di dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurgaku"

Surah Al-Farj ayat 27-30


p/s

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...berikanlah rahmatmu ke atas diriku dan saudara seperjuang, seimanku bagi kami terus berpegang pada ad din mu..........


Sebuah jawapan....

Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

Kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.

Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".

p/s

semoga lisan kita lancar....amin allahumma amin

Salah satu faktor kenapa tidak kepada 'Muka Buku'.....



as salam...dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang...

Muka buku...satu fenomena dalam dunia masa kini..fenomena ka? atau kita yg jadikan nya fenomena...mungkin ya kita yg jadikannya satu fenomena....terutamanya pada golongan sasar golongan remaja....sampaikan, umpama menjadi satu keganjilan jika seseorng tidak memilik fb..umpama tidak sah jika tidak mempunyai fb...

jika ditnya apa tujuan bermuka buku..pelbagai jwpan diberikan...untuk berhubung...untuk bersuka-suka..ad juga kata untuk berdakwah...untuk berdakwah???...ehmmm...alhamdulillah jika tekadnya kuat untuk berdakwah...tp jgn sampai hanyut dengan muka buku sudah, dakwah hnya tinggal dakwah....tekad hanya tinggal tekad...ingat fb ni walau sebaik mna kita menjaganya, terkadang kelalaian melebihi pa yg kita jga......tidak percya lihat pada diri anda jika anda online pa page yg utma yg anda kan buka????? klu abid, blog abid, malaysiakini, mstar online, jobstreet...

ramai sahabat bertnya..abid xda fb ka..knp xda fb???peliknya????

(ini adalah pendangan peribadi, jika kita berselisih pandangan anggaplah satu diskusi untuk membuka minda)

bagi saudara seiman, sperjuangan ku yg masih tidak mengenali fb...ini adalah fb...

fb pada sejarahnya ditubuhkan bagi kumpulan pelajar yahudi di sebuah universiti (oxford kot) untuk memudahkan mereka berantara...dan fb kemudian nya tesebar luas sehingga apa yg kita lihat sekarang..(the point is komuniti untuk yahudi pada mulanya)

keterbukaan fb, menyebabkan kebanjiran maklumat di ternet dan memudahkan untuk mencari atau mencuri maklumat seseorng...fb juga dikatakan membuka maklumat org islam untuk kegunaan yahudi...malah mudah mengakses dan manipulasikan pula maklumat tersebut...

fb juga membuka ruang bagi pergaulan bebas..di mana2 shaja..terutamanya buat remaja islam...mungkin remaja islam yang pada nama shaja.....fb juga membuka ruang kepada jenayah...byk laporan jenayah berlaku di luar negara, lihat saja pada sisipan akbar..bermula dengan mengakses maklumat peribadi selepas itu....terjdilah jenayah...

fb juga kebanyakkannya membuka aib diri pemilik tu sendiri tanpa dia sedari...keterbukaan fb menyebabkan apa yg tidak patut diceritakan, tidak diceritakan tetapi terulis di bahagian wall pemilik...uhuhu..agak pelik...contohnya kisah rumah tangga...si isteri menulis ttg kelemahan atau kesalahan suaminya kerana sebb tertentu..selepas 1minit tgk sahaja penuh komen dibahagian wall tersebut...bukan sahaja membuka aib si suami malah membuka cemuhan, komen2 negatif pada si suami..apabila si suami melihat fbnya pula terbaca..terjadi pula isu penceraian...byk lagi contoh keterbukaan di fb..ini cuma salah satu contoh...fikirkan yg lain, mungkin contoh tu ada pada anda sendiri......

isu kuiz di fb...pointnya di sini kita mengikut pada qada dan qadar Allah...kbykkan kuiz yg dibuat sendiri dan jawapan dibuat sendiri, kemudian pabila menjawab soalan akan keluar jwpan yg ramai org akan mempercayainya...umpama jwab kuiz untuk menilik nasib...conthnya dengan menjawab soalan2 pada kuiz kemudian jwapan akan keluar ttg warna berkaitan dengan diri anda...daripada warna itu pula didiskripsikan pula tentang masa depan anda, masa sekarang dan masa lampau...tidakkah ini membawa kepada keyakinan selain daripada Allah...org yg bijak itu tidak memikirkan pa yg akan dilakukan nya , tetapi kan memikirkan apa yang Allah akan lakukan kepadnya....

knp tidak pada fb..??? nk kenal lgi fb tgk dibawah.....


FACEBOOK..A TALE OF SEX, MONEY, GENIUS AND BETRAYAL.....ini adalah penulisan sendiri oleh org yg membina fb...itu rupanya summary tuk fb....A TALE OF SEX, MONEY, GENIUS AND BETRAYAL......

owh ni rupanya fb...

p/s

buat wanita islam...ingat meletakkan gmabr kamu di fb boleh menimbulkan fitnah buat dirimu dan org lelaki yang melihat boleh timbul syahwat dalam dirinya...letaklah gmbar walau bertudung pun, walau berniqab pun..tp ingatlah dirimu hanya halal untuk suami saja...berikanlah dia keistimewaan itu dengan melitupi dirmu umapama mawar berduri...

buat yg memilik fb..fikirkan lah...esp. buat kak suri...fikirkan...

Koleksi ceramah Dr Zulkifli Al-Bakri

as salam...koleksi ceramah Dr Zulkifli Al-Bakri......

klik di bawah.....

http://www.4shared.com/dir/9xKuUlj7/Dr_Zulkifli_Al-Bakri.html

p/s

penyampainya lembut..
semoga bermanfaat....

Ibu Bapa..ingat tanggung jawab anda...

as salam...sudah dua hari berita di tv9 memaparkan polis trafik menahan remaja bwah umur memandu tanpa lesen dan melakukan kesalahan jalan raya,.pa yg menariknya, ibu bapa remaja tersebut terus dihubungi dan datang ke lokasi..bermacam2 nasihat dpat dilihat...tp....agak pelik, mungkin nasihat cuma nasihat, tinggal nasihat, bila terkena baru nasihat, atau hanya berlakon depan kamera dan wartawan...

kebanyakkan motor yg digunakan motor ayah mereka...xkan nasihat ja tp tidak diawasi anak2 ni..????? lgi klu melibatkan kemalangan remaja bawah umur bawa motosikal, kemudian meninggal dunia...lagi2 klu motor tu diguna tuk berpeleseran, tuk bersuka ria, tuk pergaulan bebas..ingat klu di tnya oleh polis trafik di dunia xpa lgi, tp ingat dan sentiasa ingat bagaimana dipersoalkan di makhkamah Allah nnt...pa diawasi, didik anak tu sebaiknya????

bertitik tolak daripada kurangnya pengawasan, didikan ibu bapa jugalah timbul lgi bermacam-macam lagi gejala sosial...dngan pembuangan bayi lah...dadah, rempit, pergaulan bebas....ad juga rmaja berumur 14 thun perempuan berani meninggalkan rumah tnpa pengtahuan ibu bapanya...

Allahuakbar masalh ini bukan lagi masalah persendirian tp masalah ummah..bersamalah kita bersatu memikirkan hal ini...jgan ambil remeh, kerana kita slalu berhati2 pada batu yang besar..tp seringkali jatuh malah luka lebih teruk jatuh disebabkan batu yg kecil..
pendidikan sahsiah bukan lah bermula pada peringkat sekolah.tp pada peringkat dalam keluarga..anak2 yang lahir tu umpama kain putih, terserah pada ibubapa mencorak sama ada nasrani, yahudi atau islam...

p/s

peringatan buat diriku yg sering lupa...

Rise For Islam



lagu barat yang merapu ------>>>>>>> lagu islamikkkk

try to find out, klu rasa dgr lagu orng putih tu ad kelas...byk juga lagu2 berbentuk islami dalam english..lagi ad kelas...contohnya dari Maher zain, Native Deen, Sami Yusuf, Yusuf islam, SOA, Ahmad bukhatir byk lagi lah....

daripada dgar lagu yg xtau hala tujunya, baik shift kepada lgu yg ad mesej yg menaikkan semnagat islam dlam diri...try to shift....cuba dengar dlu...dan jgan banggakan artis2 barat tu, depa suma bukan idola kamu2 suma...rmi lagi yg org2 islam hebat2 blh jadikan ikon...

p/s

Keterbukaan media perlu ad hadnya...fikirkan.. terlalu berhibur, bila bwa lgu2 dari barat, terbawa skali budaya pada lagu tu..penin tgk anak skrng, bermacam2 gaya...terutamanya pada aurat dan pergaulan bebas...

Jika lebaran...

Jika beraya di rumah rakan, sanak saudara, rumah terbuka..niatlah ziarah untuk bersilaturrahim kerana Allah....bercakaplah benda-benda yang baik...

Jika menerima tetamu, ikhlaskan lah diri melayan dengan sebaik mungkin....berikanlah keselesaan, bersangka baiklah...tetamu datang membawa rezeki dan pulang membawa dosa....

Checklist beraya :

- jangan lalai solat..beraya..raya juga...waktu solat wajib jaga...
- aurat wajib ditutup dengan sempurna (xkira raya ke x)
-bersederhana
-jaga tingkah laku...
- pastikan ad muhrim bagi perempuan
-jangan menolak tetamu
-bercakap baik2
-memahami tuan rumah
-jangan menunjuk2
-jika bagi duit raya, ikhlaskan niat sedekah...

dan pa lgi fikir2kan...

p/s

bila raya baru ad amalan ziarah...ehmmm?????kena tunggu raya ke???
jangan lupa puasa enam...puasa sebulan ramadhan + puasa enam = umpama berpuasa sepanjang tahun....

Lebaran...bersederhanaLAH...

"Dan berikanlah kepada kaum kerabatmu, orang miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing. Janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros dan melampau-lampau"

"Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannhya"

surah Al-Isra' ayat 26 & 27

p/s

Alhamdulillah tamat sudah ibadah ramadhan..semoga fasa pertama mendapat rahmat, fasa kedua mendapat keampunan dan fasa ketiga kejauhan daripa api neraka..amin allahumma amin..semoga segala ibadah diterima Allah...sentiasalah berharap untuk ibadah ramadhan kita diterima..

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim....terimalah solat kami, berdiri kami, sujud kami, rukuk kami, duduk kami, kekusyukkan kami, taubat kami, puasa kami,...Ya allah tuhan sekalian alam...

ingat...bermaafan bukan sahaja pada hari raya...sambutlah raya dengan bersederhana....

Ya Allah, bukakan lah pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu inayah, pintu-pintu taubat, pintu-pintu istiqamah di dalam hati kami...

Panglima istighfar

'Ya Allah, engkau adalah tuhanku. Tiada tuhan yang patut disembah melainkan engkau, tuhan yang menciptakan diriku. Aku adalah hambamu dan aku ada dalam perjanjianmu. Dengan segala kemampuanku, aku laksanakan perintahmu. Aku berlindung kepadamu daripada segala perbuatan buruk yang aku lakukan kepadamu. Engkau mencurahkan nikmatmu kepadaku sedangkan aku sentiasa melakukan dosa. Ampunilah dosaku kerana tidak ada yang dapat mengampunkan dosa kecuali engkau' Hadis laporan Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Hakim.

Sayyidul istighfar...

p/s
Doa ni ada dalam mathurat....
ya Allah, ampuni diri ku dan terima taubatku...sesungguhnya Engkau maha penerima taubat dan pengampun...
semoga bersungguh2 fasa akhir ramadhan ni....

Solat itu....

' Apabila seorang hamba bersolat dengan cara baik, solat itu naik dan mengeluarkan cahaya. Apabila ia mencapai pintu-pintu langit, pintu-pintu langit terbuka baginya lalu ia memberi syafaat kepada orang yang mengerjakannya. Solat itu berkata, Allah memelihara kamu seperti kamu memelihara aku. Apabila seseorng melakukan solat dengan cara yang salah dan tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan tatacaranya, solat itu naik tanpa cahaya serta berkata kepada org yang melakukannya, Allah mensia-siakan engkau seperti engkau seperti engkau mensia-siakan aku. Selepas ia sampai di pintu-pintu langit, pintu langit tertutup baginya. kemudian, solat yang tidak sempurna itu terlipat seperti terlipatnya kain kotor dan ia memukul muka org yang melaksanakannya' Hadis laporan Thabrani dan Bazzar

Beza..mmmg berbeza...


'Seorang mukmin melihat dosanya seperti gunung yang nyaris runtuh menimpa dirinya sedangkan orang munafik melihat dosanya seperti seekor lalat yang hinggap di tubuhnya yang terbang apabila diusir' Hadis laporan Bukhari, Muslim dan Ibnu Mas'ud.

p/s
semoga diri sentiasa peka, bermuhasabah, bertaubat dan di dalam rahmat Allah..
Ibnu Qayim al-Jauziah menyatakan taubat berada di antara dua muhasabah iaitu muhasabah sebelum taubat dan muhasabah selepas taubat. Taubat terpelihara apabila kita berada di antara dua muhasabah ini...
Ya Rahman sayukan hati kami beribadah kepadamu...

Jual beli yang baiiikkk....

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada org beriman, jiwa dan harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah, lalu ada antara mereka yang membunuh dan terbunuh. itu sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah dalam (kitab-kitab) tawrat, injil dan al-quran. Siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu lakukan itu. Itulah kemenangan yang besar"

"Mereka itu ialah org yang bertaubat, yang beribadah, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk tujuan kebaikan), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'aruf dan yang mencegah mungkar, serta menjaga batas hukum-hakam Allah. bergembiralah orang beriman (yang bersifat sedemikian)"

Surah At-taubah ayat 111-112

p/s

Ramadhan kariiim....

Alhamdulillah...


Sidang 7, 10 ogos 2010, DECTAR, UKM.....
Ijazah sarjana muda sains dgn kepujian (Mikrobiologi)
syukur alhamdulillah...terima kasih ya Allah...
semoga ilmu ini bermafaat buat semuanya..amin...

p/s
sahabat tlg doakan agar diberi petunjuk yg terbaik dan dberi jln yg terbaik untuk selepas ni..dipermudahkan untuk dpt kerja/ sambung study...amin....dgn izin Allah....

Sebelum terlena - hijjaz



Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebnelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku

Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi

Disepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu

Syair perahu

Inilah gerangan suatu madah
mengarangkan syair terlalu indah,
membetuli jalan tempat berpindah,
di sanalah i’tikat diperbetuli sudah

Wahai muda kenali dirimu,
ialah perahu tamsil tubuhmu,
tiadalah berapa lama hidupmu,
ke akhirat jua kekal diammu.

Hai muda arif-budiman,
hasilkan kemudi dengan pedoman,
alat perahumu jua kerjakan,
itulah jalan membetuli insan.

Perteguh jua alat perahumu,
hasilkan bekal air dan kayu,
dayung pengayuh taruh di situ,
supaya laju perahumu itu

Sudahlah hasil kayu dan ayar,
angkatlah pula sauh dan layar,
pada beras bekal jantanlah taksir,
niscaya sempurna jalan yang kabir.

Perteguh jua alat perahumu,
muaranya sempit tempatmu lalu,
banyaklah di sana ikan dan hiu,
menanti perahumu lalu dari situ.

Muaranya dalam, ikanpun banyak,
di sanalah perahu karam dan rusak,
karangnya tajam seperti tombak
ke atas pasir kamu tersesak.

Ketahui olehmu hai anak dagang
riaknya rencam ombaknya karang
ikanpun banyak datang menyarang
hendak membawa ke tengah sawang.

Muaranya itu terlalu sempit,
di manakan lalu sampan dan rakit
jikalau ada pedoman dikapit,
sempurnalah jalan terlalu ba’id.

Baiklah perahu engkau perteguh,
hasilkan pendapat dengan tali sauh,
anginnya keras ombaknya cabuh,
pulaunya jauh tempat berlabuh.

Lengkapkan pendarat dan tali sauh,
derasmu banyak bertemu musuh,
selebu rencam ombaknya cabuh,
La ilaha illallahu akan tali yang teguh.

Barang siapa bergantung di situ,
teduhlah selebu yang rencam itu
pedoman betuli perahumu laju,
selamat engkau ke pulau itu.

La ilaha illallahu jua yang engkau ikut,
di laut keras dan topan ribut,
hiu dan paus di belakang menurut,
pertetaplah kemudi jangan terkejut.

Laut Silan terlalu dalam,
di sanalah perahu rusak dan karam,
sungguhpun banyak di sana menyelam,
larang mendapat permata nilam.

Laut Silan wahid al kahhar,
riaknya rencam ombaknya besar,
anginnya songsongan membelok sengkar
perbaik kemudi jangan berkisar.

Itulah laut yang maha indah,
ke sanalah kita semuanya berpindah,
hasilkan bekal kayu dan juadah
selamatlah engkau sempurna musyahadah.

Silan itu ombaknya kisah,
banyaklah akan ke sana berpindah,
topan dan ribut terlalu ‘azamah,
perbetuli pedoman jangan berubah.

Laut Kulzum terlalu dalam,
ombaknya muhit pada sekalian alam
banyaklah di sana rusak dan karam,
perbaiki na’am, siang dan malam.

Ingati sungguh siang dan malam,
lautnya deras bertambah dalam,
anginpun keras, ombaknya rencam,
ingati perahu jangan tenggelam.

Jikalau engkau ingati sungguh,
angin yang keras menjadi teduh
tambahan selalu tetap yang cabuh
selamat engkau ke pulau itu berlabuh.

Sampailah ahad dengan masanya,
datanglah angin dengan paksanya,
belajar perahu sidang budimannya,
berlayar itu dengan kelengkapannya.

Wujud Allah nama perahunya,
ilmu Allah akan [dayungnya]
iman Allah nama kemudinya,
“yakin akan Allah” nama pawangnya.

“Taharat dan istinja’” nama lantainya,
“kufur dan masiat” air ruangnya,
tawakkul akan Allah jurubatunya
tauhid itu akan sauhnya.

Salat akan nabi tali bubutannya,
istigfar Allah akan layarnya,
“Allahu Akbar” nama anginnya,
subhan Allah akan lajunya.

“Wallahu a’lam” nama rantaunya,
“iradat Allah” nama bandarnya,
“kudrat Allah” nama labuhannya,
“surga jannat an naim nama negerinya.

Karangan ini suatu madah,
mengarangkan syair tempat berpindah,
di dalam dunia janganlah tam’ah,
di dalam kubur berkhalwat sudah.

Kenali dirimu di dalam kubur,
badan seorang hanya tersungkur
dengan siapa lawan bertutur?
di balik papan badan terhancur.

Di dalam dunia banyaklah mamang,
ke akhirat jua tempatmu pulang,
janganlah disusahi emas dan uang,
itulah membawa badan terbuang.

Tuntuti ilmu jangan kepalang,
di dalam kubur terbaring seorang,
Munkar wa Nakir ke sana datang,
menanyakan jikalau ada engkau sembahyang.

Tongkatnya lekat tiada terhisab,
badanmu remuk siksa dan azab,
akalmu itu hilang dan lenyap,
(baris ini tidak terbaca)

Munkar wa Nakir bukan kepalang,
suaranya merdu bertambah garang,
tongkatnya besar terlalu panjang,
cabuknya banyak tiada terbilang.

Kenali dirimu, hai anak dagang!
di balik papan tidur telentang,
kelam dan dingin bukan kepalang,
dengan siapa lawan berbincang?

La ilaha illallahu itulah firman,
Tuhan itulah pergantungan alam sekalian,
iman tersurat pada hati insap,
siang dan malam jangan dilalaikan.

La ilaha illallahu itu terlalu nyata,
tauhid ma’rifat semata-mata,
memandang yang gaib semuanya rata,
lenyapkan ke sana sekalian kita.

La ilaha illallahu itu janganlah kaupermudah-mudah,
sekalian makhluk ke sana berpindah,
da’im dan ka’im jangan berubah,
khalak di sana dengan La ilaha illallahu.

La ilaha illallahu itu jangan kaulalaikan,
siang dan malam jangan kau sunyikan,
selama hidup juga engkau pakaikan,
Allah dan rasul juga yang menyampaikan.

La ilaha illallahu itu kata yang teguh,
memadamkan cahaya sekalian rusuh,
jin dan syaitan sekalian musuh,
hendak membawa dia bersungguh-sungguh.

La ilaha illallahu itu kesudahan kata,
tauhid ma’rifat semata-mata.
hapuskan hendak sekalian perkara,
hamba dan Tuhan tiada berbeda.

La ilaha illallahu itu tempat mengintai,
medan yang kadim tempat berdamai,
wujud Allah terlalu bitai,
siang dan malam jangan bercerai.

La ilaha illallahu itu tempat musyahadah,
menyatakan tauhid jangan berubah,
sempurnalah jalan iman yang mudah,
pertemuan Tuhan terlalu susah.

~ Hamzah Fansuri

Sebaran am...

As-salam..program pelancaran GERAKAN SUBUH (kempen solat subuh berjemaah di masjid dan surau) 1 ogos/ 20 sya'aban..jam 5 pgi bertempat di masjid Wilayah..antara program adalah Qiyamullail, subuh berjemaah, zikir munajat, kuliah subuh (keajaiban solat subuh berjemaah -us wan sohor), perasmian gerakan subuh(pengarah JAKIM), sarapan pagi...

Pemuda ugama...

As salam....Aduhai pemuda..aduhai remaja..dasyatnya masalah sosial..sampaikan keluar cadangan penubuhan sekolah bagi pelajar yg hamil bagi pelajar2 yang terlanjur...pagi td tatkala memandu ke Segambut, topik pagi di ikim.fm membicarakan topik cadangan penubuhan sekolah ni..kebnyakkan pendengar tidak setuju pelaksaan nya...hanya segelintir yang bersetuju sebagai pembelaan kpd pelajar2 hamil...

Bagi abid masalah ini perlu dilihat pada akarnya...iaitu pada diri remaja, pemuda itu sendiri...jika tarbiyyah islami bersemat di jiwa, prinsip berpegang pada ajaran islam...bgi abid tiada masalah mengatasi masalah ni...pemuda, remaja perlu sedar...jgn dijadikan berseronok itu tujuan hidup...
Tarbiyyah yg berkesan bukanlah di sekolah tetapi di rumah..ibu bapa perlu memainkan peranan penting membentuk peribadi remaja...usia remaja merupakan satu usia bagi mereka tercari2 identiti mereka..dan cenderung kepda pengaruh luar...pada waktu inilah sepatutnya fokus ibu bapa perlu lebih...

Andai jika beginilah berterusan masalah sosial pemuda, remaja, bgaimana nasib negara yg ditadbir oleh pemuda, remaja pada satu masa lagi...umpama kesan kaskat yang berterusan.. jika remaja ini sudah berkeluarga, ad anak...anak tersebut juga mungkin turut dibiarkan membesar dengan terus bergeluman masalah sosial tanpa kisah oleh ibubapa..di dalam mentaliti mereka itu perkara biasa...terjadi lagi masalah sosial mungkin yg lebih hebat...mungkin mereka juga akan membuang bayi...mungkin menjadi satu trend pula ad sekolah jenis bagi pelajar yg hamil...

terkadang kita terlalu mengambil sesuatu perkara itu remeh... kita terlalu berhati-hati pada batu yg besar yang tampak..tp sering byk kali tergelincir dengan batu-batu yang kecil...

alhamdulillah ad juga langkah pencegahan yg dilkukan saban hari...
tetapi yang kurangnya ialah mengajak kepda kebaikan...amar ma'aruf, nahi mungkar..mengajak kpda kebaikan dan mencegah kemungkaran...ajakan yg berterusan akan memberi kesan kepada hati, jiwa untuk berubah kepada sesuatu yang baik...

ayuh renungi ayat di bawah..

'Dan ketika dia (Nabi Musa) sampai di sumber air (telaga) negeri Madyan, dia dapati di situ sekumpulan org lelaki sedang memberi minum (binatang ternakan masing-masing) dan dia juga dapati di sebelah mereka dua org perempuan yang sedang menahan kambing-kambing mereka (daripada meminum bahagian ternakan lain). Dia bertanya , 'apa hal kamu berdua?' mereka menjawab, ' kami tidak dpt memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pegembala-pengembala itu membawa balik binatang ternakan masing2 dan bapa kami seorng yang terlalu tua umurnya.'

Maka, Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternakan mereka, kemudian dia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata, 'Wahai tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepda sesuatu kebaikan yg engkau berikan'

Surah al Qasas ayat 23 & 24..

jika dilihat pada kisah di atas, betapa indhnya akhlak, jaga batas anak perempuan Nabi Syuib yang sanggup menunggu untuk memberi minum binatang ternakan mereka dengan membiarkan pengembala2 lelaki dahulu memberi minum tanpa berebut2 di antara lelaki perempuan...ehm jikalah remaja perempuan menjaga batas sperti ini...
Bagi remja skng perpegang tgn laki perempuan mungkin sudah mejadi kebiasaan bahkan lebih daripada itu sudah menjadi kebiasaan remaja...

kemudian Nabi musa membantu mereka memberi ternakan minuman..membantu perempuan golongan yang lemah..tanpa meminta sebarang balasan...
inilah yang perlu di conothi oleh pemuda, remaja zaman sekarang..bukan lah penyanyi2, pelakon, juara realiti tv yg perlu dijadikan contoh...ramai lgi org2 islam terbilang yg blh dijadikan contoh..
Contoh yg terbaik adalah Nabi Muhammad S.A.W...Amalkan sunah yg kita ketahui sebagai tanda cinta kita kepada Nabi Muhammad S.A.W....

p/s
buat diriku yg juga pemuda...
ak yg menulis, ak lebih dekat dan memahami...

Sebaran am...

As salam..Majlis tilawah Al-quran peringkat antarabangsa ke-52 yang akn diadakan di PWTC bermula 27 julai sehingga 3 ogos (15-22 sya'aban) bermula jam 8.00 sehingga 11.00...dengan tema memantap ukhwah, memperkasa ummah...semua dijempt hadir..siaran lansung blh diikuti pada siaran tv1 dan astro oasis selapas isyak..untuk tentatif program lebih lanjut blh klik pada link di bawah...

'MTQA 2010'

p/s

klu blh tgk rancangan realiti tv yg lalaikan knp tidak pada MTQA ni...

Sya'aban...Ramadhan karim

" Sesungguhnya orang yang diambil nyawa mereka oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela islam dan rela ditindas oleh kaum musyrik), mereka akan ditanya oleh malaikat dengan berkata, ' kenapa kamu ini?' mereka menjawab 'kami dahulu adalah orang yang tertindas di negeri itu' malaikat bertanya lagi, 'bukankah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas di dalamnya?' maka orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat terakhir ialah neraka jahannam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali" Surah an-nisa' ayat 97

Rejab bagi memohon keampunan, Sya'aban bagi memperbaiki diri (meninggalkan maksiat meningkatkan ibadah), Ramadhan bagi mencari keredhaan selamanya, mencari syurga yang kekal abadi...

Sya'aban merupakan transit terbaik bagi melatih diri bermuhasabah menghadapi Ramadhan ke arah yang lebih baik...adakah kita berpuas hati Rmadhan yang kita lalui dulu? adakah kita nk lepaskan lagi peluang bulan barakah ini? ayuh kejar, berlumba dalam ibadah..jadikan sya'aban transit tuk berubah..

ibadah fardhu sebagai modal pelaburan yang wajib..diikuti ibadah sunnah sebagai tambah baik dan keuntungan pada pelaburan kita..bagi yang kurang solatnya, diperbaiki solatnya..bagi yang tidak menutup aurat dgn sempurna, latih untuk menutup aurat dengan sempurna..bagi yang bergaul bebas, latih diri untuk menjaga batas2 islam...bagi yang bergelut maksiat siapkanlah bala tentera iman menghadapi nafsu...bagi yang mementingkan cintai dunia tukarkan pada cinta akhirat...sebelum..sebelum ramadhan menjelma..

semoga latihan di bulan sya'aban dan praktikalnya pada Ramadhan membawa diri yang istiqamah dengan penuh taqwa...

terkadang kita perlu diingatkan..kita seorg islam, ak seorng islam, kamu seorg islam...terkadang kita terlupa, terlupa kita seorng islam..atau hnya berpegang islam pada nama sahaja...buat remaja islam, ingat anda seorang islam..ingat anda seorng islam..tarbiyyah lah diri dengan islam...dirikanlah solat...jgnlah budaya berseronok dijadikan panduanmu...
jgnlah lari jauh daripda nikmat iman dan islam..sebaliknya contohilah ashabul kahfi yang lari dari kekufuran menyelamatkan iman....jgn terus hanyut dengan penyakit wahan...ajakan syurga itu sentiasa memanggil manis...tinggalkan rayuan neraka yang panas...syabab anda lah penentu nasib satu bangsa pada masa akan dtg...puaskah kita tahap pemuda pada masa kini..adakah suatu masa hadapan membuang bayi menjadi trend harian???.ayuh pemuda iman..pemuda islam...rasai kemanisan iman itu...cari kemanisan itu..dalami agama pada usia muda ini...

' Maka, sesiapa yg Allah kehendaki untuk memberi hidayah kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya (untuk membuka hatinya) untuk menerima islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Allah menyempitkan dadanya (tidak mahu menerima dan memahami hidayah Allah), seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Begitulah Allah menimpkan azab kepada org yg tidak beriman' surah an'am ayat 125

buat mawar2 islam...jgnlah perasaan malu ditanggalkan daripada pakaian mu...biarlah mawar itu berduri...tutuplah aurat dengan sempurna..sudah jelas terang lagi bersuluh perintah Allah..tutuplah ego mu, malulah pada Allah...jgn biarkan satu pun bahagian bunga itu gugur...

buat permata islam...gilap permata itu dgn sinar islam...jgn biarkan budaya merempit, dadah, gangster, maksiat..menconteng permata itu menjadi itam, bruk...

jika terus tidak melakukan perintah Allah dan terus menerus melakukan maksiat..jgan lah duduk di bumi milik Allah..semesta milik Allah ini..carilah tempat jika ada selain dari milik Allah untuk terus lakukan maksiat....ingatlah semua bernama makhluk akan menjadi saksi maksiat, dosa yang dilakukan...

genggam kuatlah nikmat iman dan islam yang Allah beri...tidak siapa tahu akhirul kalam kita masih berpegang pada iman dan islam...ya Allah yang menggoncangkan hati, tetapkan hati kami di dalam addinMu dan ketaatan padaMU...

'Maka, nikmat tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?' surah ar-rahman ayat 13

Ya Allah ya rahman ya rahim...yg maha mendengar rintihan hambanya..berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'aban dan sampaikan lah kami pada Ramadhan pada kali ini...bantulah kmi untuk mendpt Ramadahan yg lebih baik dan terbaik dari seblumnya...elakkan lah kmi sia2kan Ramadhan yang bakal menjelma ini...Ahlan wa sahlan ya rmadhan karim...ya Allah, ya rabb jgn sampai ak sia2kan bulan ramadhan thun ini..jgn smpi kmi sia2 kan ramadhan thn ini...

p/s

buat diriku..ak yang menulis dan ak yang lebih memahami..
buat saudaraku..ingatkan ak jika ak terlupa..
ampuni ak Ya allah...

Syukur itu...

'Zahirkan rasa syukur dgn menggunakan nikmat apa yg Allah beri untuk tujuan sebenar nikmat itu diturunkan...'

Saat lafaz sakinah - Far east


Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Sebaran am...

Karnival Sambutan Ulang Tahun Ke-9 IKIMfm pada 9 hingga 11 Julai 2010 di Stadium Melawati Shah Alam..Acara kemuncak Karnival Sambutan Ulang Tahun ke-9 IKIMfm sempena Konsert Mahabbah Gaza' pada 9 hingga 11 Julai 2010 di Stadium Melawati Shah Alam ialah persembahan Konsert Mahabbah Gaza pada jam 8 malam yang akan disiarkan secara langsung melalui IKIMfm.Antara kumpulan nasyid - Rabbani, Raihan, Inteam, Saujana Nowseeheart dan Ummul Qura. Tidak ketinggalan para penyampai IKIMfm.

'klik sini untuk info dan tentatif programnya'

Tombo Ati....

Salam..Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih...Segala puji bagi Allah sebnyak2nya...post kali ni nk membuka persoalan mengenai hati...



Tombo ati iku limo perkarane
Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe

Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah


Hati/jiwa manusia umpama satu medan perang yg besar, yang luas di antara perkara yang baik dan perkara yang jahat..jihad iman melawan nafsu...sesiapa menang pada jihad imannya, beruntunglah, sesiapa yg tunduk pada nafsunya tejatuh lah, malang lagi jika ia terbunuh tunduk pada nafsunya...


Di dalam quran, surah Al-Ma'arij ayat 19 hingga 35 Allah berfirman..Satu surah yang menarik dan bnyak pengajaran...


'Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut) ' 19

'Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat gelisah' 20

'Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil' 21

'Kecuali orang yg mengerjakan solat' 22

'Iaitu mereka yang tetap mengerjakan solat mereka' 23

'Dan mereka yg dalam harta-harta mereka tersedia bahagian tertentu' 24

'Bagi orang miskin yang meminta dan org miskin yg tidak meminta' 25

'Dan mereka yg mempercayai adanya hari pembalasan (yg dibuktikan melalui amal-amal soleh)' 26

'Dan mereka yg cemas takut daripada ditimpa azab tuhannya' 27

'Kerana sesungguhnya azab tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorng pun) merasa aman terhadapnya' 28

'Dan mereka yang memelihara kemaluan mereka (menjaga kehormatan mereka)' 29

'Kecuali kepada isteri atau kepada hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidak tercela' 30

'Kemudian sesiapa yg mengingini selain daripada yang demikian, maka merekalah org melampaui batas' 31

'Dan mereka yg menjaga amanah dan janji' 32

'Dan mereka yg memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa menjadi saksi)' 33

'Dan mereka yg tetap memelihara solatnya' 34

'Mereka (yg demikian sifatnya) ditempatnkan di dalam syurga serta diberikan penghormatan' 35

untuk penjelasan lanjut dan jelas mengenai ubat resah gelisah..blh download ceramah oleh Dato' Ismail Kamus...klik di sini

p/s

buat diri ubatilah hatimu..

Ayuh kejar ajakan syurga...
(tingkatkan amalan mu wahai diri)

Tinggalkan rayuan neraka...
(tinggalkan maksiat wahai diri)

Azab neraka itu amat pedih..
(jangan menjurus ke arah itu dengan sengaja/xsengaja wahai diri)

Nikmat syurga itu tidak terhitung...
(jadikan satu matlamat yg wajib dikecapi wahai diri)

Ayuh kecapi, genggam dengan cermat nikmat iman & islam itu..
Bukan lari dari nikmat iman & islam itu...
Lari hanya membuatkan kita jauh...
sebaliknya kejar dan genggam kembali jika terjatuh..

Ingatlah wahai diri, tidak semua yang Allah bagi nikmat iman & islam...dan tidak semestinya akhirul kalam kita dengan kalimah syahadah...
Insaflah Wahai diri, jgn dikejar cinta tidak pasti, sebaliknya renunglah Cinta Allah pada hambanya..
Malulah wahai diri, jika maksiat yg dikau persembahkan dalam hidupmu...Allah xpenah jemu memberi nikmat kepada hambanya..

p/s

untuk diriku dan saudaraku..

Sebaran am...

salam..bermula 29 jun sehingga 3 Julai 2010..berlansungnya Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-53 yang diadakan di Dewan Saadah, Wisma Muis, Kota Kinabalu, Sabah...siaran lansung blh ditonton di Astro oasis dan Tv1 selepas isyak...dengan tema Memantapkan Ukhwah, Memperkasa Ummah...

p/s

Ya Allah..berkatilah kami di bulan rajab dan syaaban dan sampaikanlah kami ke ramadhan....

Pohon yang buruk..

"Perumpamaan kalimah yang buruk (kalimah kekufuran) seperti sebatang pohon yang buruk (tidak berguna) yang telah dicabut akar-akarnya dari muka bumi. Ia tidak ada tapak untuk tetap hidup"

Surah Ibrahim ayat 25

Pohon yang baik...

"Tidakkah engkau melihat (wahai muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perumpamaan iaitu: kalimah yang baik (iaitu kalimah tauhid) adalah seperti sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit,

Pohon itu mengeluarkan buahnya setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mengambil pengajaran)"

Surah ibrahim ayat 24

Sebaran am

1) Pembelian dan wakaf Lot Bangunan untuk pembinaan Pusat Tahfiz Al-Itqan, Kemaman Terengganu

Untuk malumat lanjut sila hubungi Ust Nordin 013-9547553 @ Ust rosli -019-9021178

No Akaun semasa al-Mudharabah RHB:

Pusat Tahfiz Al-Itqan

2-60342-0000461-4

2) Bantuan kepada Maahad Tahfiz Rahimiyyah, bandar pusat Jengka, Pahang

Untuk Maklumat lanjut hubungi pengetua Maahad Tahfiz Rahimiyah 09-4663529 @ 019-9300486

No akaun BIMB:

Tahfiz al-Rahimiyyah

06037010002799

3)Bantuan kepada sekolah agama rakyat Ampang

Salam kepada sahabat -sahabat,

Bantuan anda semua amatlah diperlukan bg menyelamatkan seramai 400 org pelajar Sekolah Agama Rakyat (KAFA INTEGRASI) AL WAHIDAH, Taman Bukit Indah Ampang kerana pada masa ini bangunan sekolah mereka sedang dilelong oleh pihak bank berkemungkinan daripada pemilik bangunan tidak mampu membayarnya.

Harga yang ditawarkan adalah RM 550,000 dimana pihak sekolah tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membelinya walaupun Pengetua sekolah tersebut sedang mencuba sedaya upaya untuk menyediakan wang yang dikehendaki.

Pihak sekolah diberikan masa selama 6 bulan oleh pihak bank bg menyediakan wang tersebut. Setakat email ini ditulis pada 09/05/2010 pihak sekolah telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM 20,000 dan mereka menpunyai masa lebih kurang 5 bulan lagi.

Oleh yang demikian, pihak sekolah sedang menjual saham sebanyak RM50 seunit bagi sesiapa sahaja yang ingin membeli bagi membantu pihak sekolah menyediakan wang yang secukupnya.

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan kepastian mengenai keadaan sebenar, tuan2 dan puan2 bolehlah menghubungi sendiri Pengerusi Sekolah tersebut seperti butir2 dibawah.

HJ MOHAMED BIN SAHARUDIN - 0162953756 / 0199476844

Sumbangan tuan2 dan puan2 bolehlah di masukkan kedalam akaun bank seperti dibawah

Akaun : KAFA INTEGRASI AL WAHIDAH

Maybank :: 562209609000

Tolong lah panjangkan email ini kepada sahabat handai yang lain yang boleh turut serta membantu pelajar-pelajar sekolah tersebut.

Al-Muttaqin Tv

Siaran Ilmiah Anda