sebaran am

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan koc komuter khusus bagi penumpang wanita bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang. Gerabak yang bertemakan ‘Wanita Sahaja Sepanjang Masa’ boleh dikenal pasti menerusi pelekat merah jambu pada tingkap dan pintu komuter. Menurut KTMB, lokasi koc di platform dapat dikenal pasti melalui kain rentang yang dipasang pada platform serta tiang platform yang berwarna merah jambu.

Artikel menarik utk dikongsi...anda mungkin di saman...

salam...artikel menarik...anda mungkin di saman...selepas baca artikel ini sila semak status saman anda sebelum terlambat..


BANDA ACEH - Polis pencegah maksiat di sini yang dikenali sebagai Wilayatul Hisbah giat memberi teguran kepada pasangan kekasih yang duduk di tepi pantai, wanita tidak bertudung, berjudi dan peminum arak.

"Kamu masih tidak berkahwin. Kamu sepatutnya tidak berada bersama-sama di sini.

"Kamu sepatutnya pergi dari sini," kata seorang pegawai pencegah maksiat itu kepada satu pasangan kekasih yang berjalan ke tempat meletak kenderaan sambil disaksikan oleh sejumlah orang di sini, baru-baru ini.

Gadis-gadis yang memakai pakaian ketat turut diberikan amaran supaya tidak memakainya pada masa depan.

"Kamu tidak sepatutnya malu pada diri sendiri kerana memakai pakaian seperti ini," kata seorang pegawai pencegah maksiat itu.

"Pergi pulang dan pakai pakaian yang lebih sederhana," katanya.

Menurut Ketua Jabatan Undang-Undang Syarie Wilayah Aceh, Marzuki, pihaknya membuat pencegahan tanpa mengambil pendekatan keras terhadap pesalah sebagai salah satu cara untuk mereka memahami tujuan pasukan itu membuat teguran.

Wilayah Indonesia itu dibenarkan untuk menggunakan undang-undang syariah sebagai sebahagian daripada perjanjian autonomi dengan pemerintah negara tersebut pada 2002. - Reuters

sumber : www.kosmo.com.my

semak status saman anda....semak status saman dengan muhasabah diri anda....

p/s
klu d malaysia, undang2 sebegini...alhamdulillah....syukur pada Allah...
terdidik jiwa, terdidik hati, sempurna ibadah, insya'allah amalan di terima....

link lain...


adik-adikku syg....

Pelaburan....

pelaburan yang baik....
ibadah fardhu sebagai modal,
ibadah sunnah sebagai keuntungan...

Jalan pulangku

Sinar cahaya itu tampak...tapi terlalu banyak kabus mengaburinya....

"Orang yang asyik Cinta kepada Allah ialah orang yang membebaskan dirinya dari segala nafsunya, dan sebagai akibat daripada itu, dia hanya menyibukkan dirinya berzikir kepada Allah subhanahu wa ta`ala. Dia sentiasa melaksanakan segala tugas-tugas yang Allah suruhkan kepadanya, dia melihat kebesaran Allah dengan mata hatinya. Nur Allah dan kebesaran-Nya menguasai dan menghiasi seluruh jiwanya, sehingga kosong hatinya dari apa saja melainkan Allah. Dia telah minum air cinta yang jernih daripada-Nya. Tersingkaplah segala Hijab sehingga jelas baginya. Maka jika ia bercakap, dia tidak bercakap melainkan bersama Allah. Dari mulutnya tidak keluar satu perkataan melainkan Allah. Demikian jua jika ia bergerak, maka gerak itu atas perintah Allah, dan jika ia mendiamkan diri, dia bersama Allah.”

daripada sahabat

p/s
terima kasih ingatkan ak yang hanyut...
ak x patut fikir, benda yang xpatut ak fikir...
Ya allah..ak memohon cintaMu...

Ali imran ayat 14-15....

'Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada syahwat (perkara yg diingini nafsu), iaitu wanita-wanita, anak-pinak dan harta benda yang banyak yang melimpah-limpah berupa emas, perak, kuda-kuda yang dipelihara yang bertanda serta baik, binatang-binatang ternakan serta kebun-kebun tanaman. Demikian itu merupakan kesenangan hidup di dunia. (ingatlah) Di sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya iaitu syurga.'

'Katakanlah (wahai muhammad), ' Mahukan aku sampaikan kepada kamu akan sesuatu yang lebih baik daripada semua itu?. Bagi orang yang bertaqwa disediakan di sisi tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dan disediakan juga isteri-isteri (pasangan) yang disucikan serta (beroleh pula) keredhaan daripada Allah'. (ingatlah) Allah sentiasa melihat akan hamba-hambanya'

muslimah....