Panglima istighfar

'Ya Allah, engkau adalah tuhanku. Tiada tuhan yang patut disembah melainkan engkau, tuhan yang menciptakan diriku. Aku adalah hambamu dan aku ada dalam perjanjianmu. Dengan segala kemampuanku, aku laksanakan perintahmu. Aku berlindung kepadamu daripada segala perbuatan buruk yang aku lakukan kepadamu. Engkau mencurahkan nikmatmu kepadaku sedangkan aku sentiasa melakukan dosa. Ampunilah dosaku kerana tidak ada yang dapat mengampunkan dosa kecuali engkau' Hadis laporan Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Hakim.

Sayyidul istighfar...

p/s
Doa ni ada dalam mathurat....
ya Allah, ampuni diri ku dan terima taubatku...sesungguhnya Engkau maha penerima taubat dan pengampun...
semoga bersungguh2 fasa akhir ramadhan ni....

Solat itu....

' Apabila seorang hamba bersolat dengan cara baik, solat itu naik dan mengeluarkan cahaya. Apabila ia mencapai pintu-pintu langit, pintu-pintu langit terbuka baginya lalu ia memberi syafaat kepada orang yang mengerjakannya. Solat itu berkata, Allah memelihara kamu seperti kamu memelihara aku. Apabila seseorng melakukan solat dengan cara yang salah dan tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan tatacaranya, solat itu naik tanpa cahaya serta berkata kepada org yang melakukannya, Allah mensia-siakan engkau seperti engkau seperti engkau mensia-siakan aku. Selepas ia sampai di pintu-pintu langit, pintu langit tertutup baginya. kemudian, solat yang tidak sempurna itu terlipat seperti terlipatnya kain kotor dan ia memukul muka org yang melaksanakannya' Hadis laporan Thabrani dan Bazzar

Beza..mmmg berbeza...


'Seorang mukmin melihat dosanya seperti gunung yang nyaris runtuh menimpa dirinya sedangkan orang munafik melihat dosanya seperti seekor lalat yang hinggap di tubuhnya yang terbang apabila diusir' Hadis laporan Bukhari, Muslim dan Ibnu Mas'ud.

p/s
semoga diri sentiasa peka, bermuhasabah, bertaubat dan di dalam rahmat Allah..
Ibnu Qayim al-Jauziah menyatakan taubat berada di antara dua muhasabah iaitu muhasabah sebelum taubat dan muhasabah selepas taubat. Taubat terpelihara apabila kita berada di antara dua muhasabah ini...
Ya Rahman sayukan hati kami beribadah kepadamu...

Jual beli yang baiiikkk....

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada org beriman, jiwa dan harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah, lalu ada antara mereka yang membunuh dan terbunuh. itu sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah dalam (kitab-kitab) tawrat, injil dan al-quran. Siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu lakukan itu. Itulah kemenangan yang besar"

"Mereka itu ialah org yang bertaubat, yang beribadah, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk tujuan kebaikan), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'aruf dan yang mencegah mungkar, serta menjaga batas hukum-hakam Allah. bergembiralah orang beriman (yang bersifat sedemikian)"

Surah At-taubah ayat 111-112

p/s

Ramadhan kariiim....

Alhamdulillah...


Sidang 7, 10 ogos 2010, DECTAR, UKM.....
Ijazah sarjana muda sains dgn kepujian (Mikrobiologi)
syukur alhamdulillah...terima kasih ya Allah...
semoga ilmu ini bermafaat buat semuanya..amin...

p/s
sahabat tlg doakan agar diberi petunjuk yg terbaik dan dberi jln yg terbaik untuk selepas ni..dipermudahkan untuk dpt kerja/ sambung study...amin....dgn izin Allah....

Sebelum terlena - hijjaz



Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebnelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku

Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi

Disepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu