Solat itu....

' Apabila seorang hamba bersolat dengan cara baik, solat itu naik dan mengeluarkan cahaya. Apabila ia mencapai pintu-pintu langit, pintu-pintu langit terbuka baginya lalu ia memberi syafaat kepada orang yang mengerjakannya. Solat itu berkata, Allah memelihara kamu seperti kamu memelihara aku. Apabila seseorng melakukan solat dengan cara yang salah dan tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan tatacaranya, solat itu naik tanpa cahaya serta berkata kepada org yang melakukannya, Allah mensia-siakan engkau seperti engkau seperti engkau mensia-siakan aku. Selepas ia sampai di pintu-pintu langit, pintu langit tertutup baginya. kemudian, solat yang tidak sempurna itu terlipat seperti terlipatnya kain kotor dan ia memukul muka org yang melaksanakannya' Hadis laporan Thabrani dan Bazzar

0 comments:

Post a Comment