Ayuh segera...jgn ditangguh..

' Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapatkan) keampunan daripada tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang luasnya langit dan bumi, yang disediakan bagi orang bertaqwa'

'Iaitu orang yang menafkahkn hartanya pada masa senang dan susah, orang yang menahan kemarahannya dan orang yang memaafkn orang. (ingatlah) Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan'

Surah ali imran ayat 133 dan 134

p/s

semoga kita tergolong dlm golongn yang bertaqwa....amin

amal > kata2

As salam...Maha suci Allah dan Segala puji bagi Allah.selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW...Ya Allah sayukan hati kami dalam mengingatiMu ya Allah..kembalikan kami kepada fitrah islam nan indah...abid sekadar ingin berkongsi...(Fikir2kan saudara seiman seislam seperjuanganku, moga dapat menyemai benih muhasabah seterusnya mencambahkan kebaikan dalam diri2 kita)

"Untuk berubah menjadi yang lebih baik walau dalam apa jua pun keadaan terutamanya beragama haruslah amalan tu mendahui kata2..kita sering menyebut ttg islam..membahas kan pelbagai isu ttg islam..persoalannya adakah sudah kita lakukan atau belum..jika tidak samalah seperti emas tiruan yang luaran tampaknya berkilat tapi dalamnya kosong..xberharga...berbanding dengan emas yg tulen..luarannya tampak cantik berkilau dan dalamnya sangat berharga.."

petikan dari buku 'Mencari ketenangan Jiwa - Kiai Agym'

p/s

- perlunya ilmu sebelum melakukan amal

Salam Hijrah....

Maha suci Allah ..Segala puji bagi Allah...alhamdulillah bermula satu lagi episod baru dalam kehidupan di dunia..masuk kita pada tahun baru islam...diberi kesempatan kita untuk trus menabur benih dan menuai amal di dunia untuk akhirat kita...abid sekadar ingin berkongsi persoalan yang ditinggalkan khatib jumaat lalu...cukup dalam jika fikirkan bersama...sama2 kita renungi, bermuhasabah dan trus berfikir..semoga dalam kita mencari hadir taufiq inayah Allah dalam diri kita...persoalannya umpama begini...

"Adakah dengan bertambahnya tahun hijrah, tiap kali tahun bertambah angkanya..tiap itu juga berkurangn nilai murni dalam setiap individu muslim"

ehmm,,...fikir-fikirkan...mai kita kaitkan dengan umat islam di malaysia la ni..terutamanya muda mudi...kait dengan kehidupan seharian kita...abid tinggalkan persoalan ini...

jika kita baik, berhijrah menjadi lebih baik..jika kita kurang baik mai kita berhijrah jadi seorng yang baik...

p/s

semoga hatiku trus sayu dalam mengingati Allah

Lancangnya kita....



p/s

Allah...Allah...Allah...semoga ak cpt tersedar...semoga hati-hati ini sayu mengingatiMu Ya Allah.....

Cahay itu memancar

' Wahai orang yang beriman ! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "taubat nasuha". Mudah mudahan tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari ketika Allah tidak akan menghinakan nabi dan orang beriman bersama-sama dengannya. Cahaya (iman dan amal soleh) mereka memancar di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan). Mereka berkata (ketika orang munafik meraba-raba dalam kegelapan), " Wahai tuhan kami ! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Surah At-Tahrim ayat 8...

p/s

Ya Allah, sayukan hati-hati kami dalam mengingatiMu..." Wahai tuhan kami ! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Penawar bagi jiwa...mai dgar mai...

sambil dngaq sambil sebut...

salam aidilfitri 1432h

as salam.selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir dan batin..semoga semua amalan kita d terima dan kita trus beristiqamah..amin...
Published with Blogger-droid v1.7.4

cinta...


Katakanlah (wahai Muhammad).' Jika kamu benar-benar mencintai Allah maka ikutilah aku. Nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.(ingatlah) Allah maha pengampun lagi maha penyayang..surah ali imran ayat 31

P/s
Semoga tersemai cinta Allah dan Rasul dlm diriku melebihi cinta yang lain..

Published with Blogger-droid v1.7.4

Sifat syukur seorng hamba 2


' Ya allah, demi kemuliaan dan keagunganMU Ya Allah...jadikanlah aku daripada hambaMu yang bersyukur...Ingatkanlah aku dengan nikmat apa yang berikan kepada aku.. semaikanlah sifat qanaah dalam diriku...elakkanlah nikmat apa yg diberikan menjadi istidraj buat diriku...kekalkan nikmat iman dan nikmat islam di dalam diri ku dan ingatkan lah aku, bahawa aku seorng islam dan aku mempunyai cintaMu Ya Allah...semaikan dan suburkanlah Ya Allah..anugerahkan aku rasa cinta kepadaMu melebihi yang lain...jauhkan aku daripada rasa kehilangan Ya Allah...semaikan rasa cintaku kepada RasulMu...Ya Allah...Ramadhan ini RamadhanMu, keberkatanNya, keberkatanMu, MaghfirahNya, MaghfirahMu, pelepasan dari api neraka itu, pelepasanMU....berkatilah diriku dengan bulan Ramadhan..istiqamahkan diriku dengan Al-Quran...sampaikan diriku dengan malam lailatul qadar...terimalah puasaku, zakatku, solatku Ya Allah....suburkan ukhwah sesama umat islam..bantulah kembali untuk umat islam menjadi umat yang satu hati....bergerak dalam satu jemaah yang satu...bantulah umat islam untuk membentuk kembali peribadi islam yang dirindui....



attar baru


Attar baru (20ramadhan)
maklumat lanjut email:
abidmikyad@gmail.com
Published with Blogger-droid v1.7.4

Umat islam boleh....



p/s

Ya Allah sayukan hati-hati kami dalam mengingatiMu Ya Allah...ingatkan kami bahawa kami adalah seorg islam, ingtkan lah kami untuk kami bersyukur kami seorg islam...

Muslimah...



p/s

lagu buat seorg muslimah..

Aku umat Muhammad s.a.w



p/s

Ya Allah bantulah kami untuk mempraktikkan kembali islam dalam setiap diri kami....

Pesta Ibadah kembali lagi...Ramdahan Kareem

As salam..promosi hebat...Pesta Ibadah kembali lagi....Ahlan wa sahlan ya Ramadhan Kareem...alhamdulillah berjumpa lagi kita semua umat islam dengan bulan barakah, bulan Al-Quran, bulan rahmat, bulan maghfirah...istimewaNya Ramadhan,,

' Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda: " Allah berfirman: ' Setiap amalan manusia itu untuknya kecuali puasa. Ia untukKu dan Aku yang memberi ganjarannya.'
(Riwayat al-Bukhari wa Muslim)

'Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...sayukan hati-hati kami meningatiMu di dalam bulan Ramadhan ini Ya Allah...Semoga Madrasah tarbiyyah ramadhan ini dapat membentuk kembali peribadi-peribadi muslim yang dirindui,Ya Allah..Ya Rahman ingatkan kami, jika kami terlupa, ingatkanlah kami, kami merupakan seorng muslim.berilah hidayah kepada kami..elakkanlah sampai kami berlebih-lebihan dalam urusan kami..semoga puasa pada kali ini terbaik daripada puasa sebelumnya...

Hidupkn Sunnah

menjual produk sunnah...klik pada image untuk maklumat lanjut...
'Bersama menghidupkan sunnah'

mencari pengedar/pemborong untuk pelbagai minyak Attar, minyak attar al rehab (Yemen) dan Al Awani (Saudi).pelbagai bauan yg lembut...concentrated perfume...harga yg murah...email untuk maklumat lnjut...

abidmikyad@gmail.com



Mencari pemborong/pengedar





As salam..mencari pemborong/pengedar baju....pelbagai design baju terkini...

harga beli...RM 18 sehelai (minimum 50 helai)/ RM 15 sehelai (minimum 100 helai)
harga jual...RM25 - RM 35...

sebarang pertanyaan hubungi.. Ust Osman - 017-6394619
Abid - 013-2711767

atau email : abidmikyad@gmail.com / ibnufauzi09@gmail.com

Sifat bersyukur seorang hamba...

Segala puji bagi Allah yang padaNya sekalian alam...pelbagai nikmat yang telah dikecapi tidak terhitung betapa byknya....tp berapa ramai antara kita yg betul2 bersyukur dengan nikmat apa yg Allah beri kepada kita...antaranya nikmat islam dan nikmat iman....alhamdulillah antara kita mengecapinya secara azali, keturunan...ada orang yg tercari2 inayah daripada Allah, ada yang mengecapinya ketika usia dewasa..berbanding kita yg lahirnya sebagai seorng islam..adakah kita benar2 mengecapi, menggengam kemas nikmat, berapa ramai antara kita yg betul-betul bersyukur??
ramainya yang hanya islam pada nama sahaja...hanya pada nama...tidak pada perbuatan dan rohaninya ..hanya membawa nama sebagai seorang islam....btullah kata-kata islam itu indah, yang mencemarkan keindahan islam itu sendiri adalah org islam itu sendiri...andainya kita benar2 bersyukur, mengamati, berfikir, menggengam nikmat iman dan nikmat islam itu sendiri. Adakah kita akan hanyut di dalam dunia nyata ini, yang penuh dengan noda...abid ada terdengar satu tazkirah...dalam tazkirah itu ada menyatakan bersyukur itu merupakan tapak bagi sifat-sifat mahmudah yang lain....umpama tapak bagi sifat mahmudah yang lain....Jika kita benar2 bersyukur, mengamati nikmat apa yang Allah beri kepada kita, kita akan sentiasa bermuhasabah, berfikir dan sentiasa menjadi org yang bersyukur....dengan bersyukur, tertanam benih2 sifat mahmudah yang lain di dalam diri insan...
bersyukur dengan menggunakan nikmat apa yang Allah beri kepada kita dengan apa tujuan nikmat itu diberikan...contohnya kita bersyukur dengan nikmat pancaindera yg Allah berikan pada kita..kita menggunakan pancaindera itu dengan apa tujuannya diberikan kepada kita, untuk melihat, untuk mendengar benda2 yang baik yang membawa manfaat, melihat kejadian Allah dan tidak menggunakan kepada perkara-perkara yang mengundang kemungkaran Allah...pancaindera umpama sungai yang mengalir..dan kesemua sungai itu mengalir ke satu tasik iaitu hati kita...andai salah satu daripada sungai itu tercemar, andai salah satu sahaja yang tercemar maka tercemarlah tasik tersebut..tercemarlah hati kita.....Allahuakbar....itulah analoginya...perlunya kita menjadi orng yang bersyukur..mana mungkin jika hati kita sayu dan sentiasa bersyukur pada Allah, mengamati segala pemberian Allah dan sentiasa bermuhasabah..mana mungkin kita cenderung melakukan kemungkaran....sebaliknya tertanam pelbagai benih2 sifat mahmudah di dalam diri...

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau sesatkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kiranya kepada kami rahmat langsung dari Engkau. Sesungguhnya Engkau adalah pemberi karunia. Surah Ali Imran ayat 8

p/s

Semoga aku dan kamu menjadi orng yang sentiasa bersyukur.....

Imam Muda bersama SAMDE

Pada Ahad 12 Jun 2011, peserta imam muda musim ke-2 bersama-sama guru-guru, ibu bapa dan murid/pelajar akan mengadakan aktiviti gotong-royong menceriakan kawasan sekolah menjelang Hari Karnival Amal & Jogathon Sekolah Agama Masjid Darul Ehsan kali ke-7 2011.
ibu bapa, murid/pelajar dan orang ramai dijemput hadir bagi menjayakan gotong-royong ini..
Makluman mengenai program gotong-royong dan Karnival Amal boleh klik Buletin SAMDE di bawah

'Buletin SAMDE (Al-Wasilah)'

Yang bernama insan...

" Sesungguhnya manusia sgt ingkar kepada tuhanNya"

"Dan sesungguhnya dia menyaksikan (sendiri) dengan jelas kemungkarannya"

"Dan sesungguhnya dia sgt bakhil kerana cintanya yg melampau kepada harta"

"Tidaklah dia mengetahui, apabila dibangkitkan apa yg ada di dalam kubur"

"Dan didedahkn segala yg terpendam di dlm dada?"

"Sesungguhnya tuhan mereka maha mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yg diberiknNya kepada) mereka pada hari itu"

Surah Al-'Adiyat ayat 6 - 11

'MAKBUL'

As salam....'Makbul Sebuah Cerita Tentang Doa'..sebuah drama bersiri di tv2 setiap khamis jam 9.00 malam..cerita belatarkan kampung di kedah..rindunya kedah.....mengisahkan ttng Bol seorng yg lurus bendul tp mempunyai keazaman yang kuat untuk menunaikan umrah...

vid dia xblh upload sini..tgk di you tube...klik link bawah....

'Makbul'

' Drama bersiri 'Makbul sebuah cerita ttng doa'

Mai baca...

As salam..mai baca...tajuknya 'PENYELESAIAN ISLAM TERHADAP NALURI PEMUDA'
klik link di bawah....

''PENYELESAIAN ISLAM TERHADAP NALURI PEMUDA''

.....yuhibbu...habba....hib....

...........usah mendamba pada yang tidak pasti..............
...........kejarlah sesuatu yang benar-benar pasti..................
............xmungkin dapat gapai yang tidak pasti...........
..............tp bukan mudah gapai yang pasti................

Allahuakbar.....

Menyingkap.....

Katakanlah, " Sesungguhnya kematian yang kamu lari dari padanya, ia pasti menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan"

Surah Al-Jumu'ah ayat 8.

Maha suci Allah sebesar-besarnya, segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya...Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah..Allahuakbar...Ya Allah sayukan hati-hati kami mengingatimu Ya Allah....

Kematian adalah satu yang pasti bagi setiap yang bernyawa...kematian bukanlah pengakhiran segala-galanya..tetapi permulaan bagi segala-galanya...kita hidup permulaannya kita lahir ke dunia, kita membesar dan pengakhirnya kematian..

Bagi kematian pula, permulaannya kematian itu sendiri dan...........tiada........tiada pengakhirnya.....kehidupan sebenar bukanlah kehidupan penuh keindahan di dunia yang penuh keriangan ini..tetapi kehidupan sebenar kita di akhirat kelak....di dunia semailah seberapa mungkin, seberapa banyak bijih2 benih pokok untuk kita tuai hasilnya di akhirat kelak...biarlah susah di dunia tetapi insya'allah bahagia di akhirat..abid ada baca satu buku tajuknya "Matilah sambil tersenyum" dlm buku tu ada menulis...Kain kafan yang kita bawa ke alam kubur itu xda satu pun yang mempunyai poket untuk menyimpan duit, harta yang kita kumpul di dunia...

Maha suci Allah...berapa ramai kita sekarang, diri abid sendiri terlalu disibukkan sengan urusan dunia mencari duit...kita xkan pernah cukup dengan urusan dunia...jika kita sibuk dengan satu urusan dunia, 10 urusan lagi akan mengejar kita...

ketahuilah wahai diri, segala apa yang kita lakukan akan dipertontonkan di skrin besar, di akhirat kelak..cuba bayangkan jika kita pertontonkan sendiri apa yang kita buat dalam masa 2 minggu ini..sanggupkan kita....sanggupkah wahai diri...Allahuakbar...insafilah wahai diri...insaflah abid......

" Maka barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya"
"Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya"

Surah Zalzalah ayat 7 & 8

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim....aku memohon kepadaMu Ya Rahman....Sayukan hati-hati kami mengingatiMu Ya Allah, terus mengingatiMu Ya Allah...bantulah kami mempunyai keyakinan yang sebenar2 keyakinan untuk kami hnya bergantungan kepadaMU Ya Allah......tenangkan jiwa2 kami....lapangkan jiwa2 kami....kembalikan hati-hati kami kepadaMu Ya Allah...

"Wahai jiwa yang tenang "
"Kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya"
"Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaku"
"dan masuklah ke dalam syurgaKu"

Surah Al-Fajr ayat 27 - 30

p/s

untuk diriku yang menulis, ak yg berkata-kata, ak yang mendengar...telingaku lebih dekat pada mulutku..semoga ak ketemu kesedaran..amin..doakan diri ini...

seorng syeikhul islam berkata..apabila di pergi ke barat di lihat islam di barat, tetapi bila dia ke negara2 islam dia tidak melihat islam...sama2 kita renungkan...


Wajah nan rembulan
Meruntun jiwaku
Tiap tutur kata
Penuh keimanan

Tetapi diriku
Berbeda denganmu
Aku hanya insan penuh kejahilan

Adakah mungkin kan ku miliki kasih
Atau sekadar dalam hati

Ya Allah perkenankan doaku
Jadi ku halal baginya
Menemani mimpi indahku
Ku bertanya...

Adakah harus ku kata
Ku cinta dia (Ku sayang dia)
Ku sayang dia (Ku cinta dia)
Siapalah aku
Sekadar lelaki yang biasa

Cintaku tak bererti memilikinya
Tapi cukup sekadar doa
Bahgiaku untuknya

Sekadar Lelaki Biasa
FeelHoney

p/s

lgu buat muslimah

Diagnostic test akhirat

Seorang pelajar yg bakal menduduki peperiksaan akhir bagi mendapatkan segulung ijazah..setelah bermula pendidikan awal di rumah, dia dididik pula di peringkat pra-sekolah, kemudian peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, di peringkat pengajian tinggi..bertahun2 lamanya menimba ilmu..kini selangkah untuk menentukan sama ada dia berjaya mendaptkan kejayaan atau sebaliknya..hnya tempoh peperiksaan paling lama 3 jam untuk menentukan dia berjaya atau tidak..dalam bertahun-tahun lamanya dia menimba ilmu..kejayaannya hnya di tentukan dalam masa 3 jam...dalam masa 3 jam itu perlu dimanfaatkan sehabis-habisnya dengan usaha...begitu tamsilan kehidupan...bertahun-tahun lamanya kita hidup...bertahun-tahun menempuh hidup..andainya kita disibukkan dek urusan dunia, sehingga tiada masa untuk beribadah...tatkala kita beribadah pula, adakah kita menfaatkan masa itu utk btul2 untuk beribadah atau hnya sambil lewa...dalam tempoh 24 jam sehari, kita hnya menggunakan lebih kurang 1 jam (5kali waktu solat x 10 minit + 10 min ibadah lain) untuk beribadah kepada Allah.. adakah kita manfaatkan masa 1 jam itu btul2 sujud pada Allah, berharap pada Allah???bertahun2 kita hidup kita hanya guna masa lebih kurang 1 jam sehari untuk beribadah?? adakah cukup ibadah itu untuk kita menggapai syurga?? fasa kehidupan bukanlah permulaan segalanya..sebaliknya fasa kematian itu bukan pengakhiran malah permulaan dan tiada pengakhiran...di alam kubur kita akan dipersoal dua malaikat, kemudian kita beralih ke makhkamah Allah di mana semua amalan kita dinilai satu persatu tanpa tertinggal satu pun...di situlah keputusan sama ada syurga atau neraka....jika difikir balik...1 jam dari keseluruhan 24 jam sehari kita guna untuk beribadah....cukupkan kita mendapat kejayaan akhirat..cukupkah untuk syurga yg diimpikan..itu jika benar2 beribadah, benar2 solat, bagaimana dgn org yg tidak solat, sibuk dengan keindahan dunia...Sedarlah dari mimpi indah dunia yang menjanjikan kebahagiaan, kemanisan sementara (ingat lah dalam satu kegembiraan pasti ada satu kesedihan)....kajian Dato Fadzilah kamsah di Malaysia..80% org tidak solat, ayuh kembali sujud pada Allah...3 tips mencapai kejayaan dunia dan akhirat...pertama mengajak kepada kebaikkan (alhamdulillah ada), kedua mencegah kemungkaran, (ini yang kurang dalam masyarakat kita), ketiga beriman kepada Allah dengan sebenarnya (dengan ilmu, faham, yakin, buat, amalkan).....

p/s
untuk abid, mikyad, dirinya..dia menulis, lebih dekat pada dirinya..semoga sedar..
jika kita sibuk dengan urusan dunia, 10 urusan dunia yang lain akan mngejar kita...

Nota sains tahun 5

As salam..nota sains tahun 5...bab 1 (Mikroorganisma) dan bab 2 ( Kemandirian spesies)..
klik link di bawah..

'Bab 1-Mikroorganisma'

'Bab 2-Kemandirian spesies'

click link di bawah untuk nota tambahan

'Nota sains tahun 5'

p/s

Download dan tolong baca sebagai bahan tambah untuk kefahaman kamu.

Air kepada ikan...kalau xda air??

As salam..ketenangan jiwa mmg didambakan oleh setiap yg bernama Hamba..faktanya ketenangan, kebahagiaan adalah yang di cari oleh semua orang di dalam dunia ni..samaada dengan jalan agama atau sebaliknya.ketenangan dan kebahagiaan dgn jalan agama adalah yg sebenar-benarnya ...manakala dgn jalan sebaliknya hnya dapat dirasai hnya semntra, umpama tipu daya silap mata..jika indah, indahnya hnya dek rupa..

ada org tenang meihat lautan yg luas, ada org tenang melihat gunug ganang, ada orng yg tenang melihat langit, tp itu semua itu sementara..tenang semasa melihat saja, tidak kekal..persoalannya siapa yg menciptakan lautan, gunung, langit ??? carilah ketenangan dengan mencari redha Allah...

tips terapi untuk jiwa, abid ada terbaca satu buku...tajuknya 3T petikan daripada buku tu ' Carilah ketenangan dan keindahan di dalam solat, di dalam bacaan quran dan dengan zikir'...

Zikirullah...mengingati Allah...dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang...abid ada dgr al-kuliyyah tajuknya terapi jiwa...dlm perbincangan tu ustaz ada menyebut..ulama berkata kiasannya zikir ni umpama air kepada ikan..umpama air kepada ikan...abid nk membwa kepada satu pemikiran yang mudah..cuba kita bayangkan jika seekor ikan kita letak di atas darat..tentu mereonta-ronta ikan itu kerana tiadanya air..bila kita lepaskan kembali ikan itu ke dalam air, ikan itu berenang tenang kembali di dalam air....betapa pentingnya air itu kepada ikan itu...

begitu juga pentingnya zikir, mengingati Allah di dalam kehidupan kita..cuba bayangkan kita seekor ikan dan diperlakukan begitu...terkadang kita xnampak apa benda yang kita nampak..

p/s

semoga hati kita semua sayu mengingati Allah .

Godaan..TEGUH.......

"Perempuan yang rumahnya diduduki oleh Yusuf, bersungguh-sungguh menggoda Yusuf supaya berkehendakkan dirinya, lalu perempuan itu pun menutup pintu-pintu serta berkata ' Marilah ke mari, aku bersedia untukmu' Yusuf menjawab, " Aku berlindung kepada Allah, sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya, sesungguhnya orang yang zalim tidak akan berjaya"

Surah Yusuf ayat 23

p/s

aku berlindung dengan Allah daripada kejahatan makhluk yang diciptakan....

Penolong2 kamu

Sesungguhnya org yg berkata, " Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka (di atas jalan tauhid), maka malaikat akan turun kepada mereka (pada saat kematian mereka), lalu berkata " Janganlah kamu bimbang (daripada berlakunya kejadian yg tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita serta bergembiralah dengan syurga yg telah dijanjikan kepda kamu.

"kamilah penolobg-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yg diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yg kamu minta"

Surah Fussilat ayat 30 & 31

p/s

Maha suci Allah...sayukan hatiku mengingatiMU

Sumbu itu perlu dihidupkan...

As salam...ak berlindung dgn Allah yg Maha Agung, dengan WajahNYa yg Mulia dan Kekuasaan yg Didahului dari syaitan yg direjam...Dengan nama Allah..Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya mutakbir....Ya Allah sayukan hatiku mengingatiMU.....

abid tertarik kata2 dlm khutbah smlm...penuh makna bagi org yg berfikir...tjuk khutbah smlm satu arah...

"Sumbu kesedaran itu telah tersedia, hnya kita yg perlu mencucuhkan api untk meladakkannya..ayuh syabab...bukan org lain tp hnya kita yg perlu menghidupkan sumbu itu"

perubahan itu bukan lah bermula dgn org lain..tp kita yg perlu memulakannya dlm diri kita...abid nk berkongsi satu tips....yakni ayat di bawah..

"Wahai orang yang beriman ! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYa). Hendaklah setiap diri memerhatikan apa yg telah disediakan (Daripada amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat) dan bertqawalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat menyeluruh pengtahuanNya akan segala yg kamu kerjakan"

Surah al Hasyr ayat 18

baca dan hayati maksudnya...

* Ayat di atas blh di amalkan untuk mengtasi diri melakukan maksiat atau ketagihan maksiat...apabila hati tergerak untuk melakukan sesuatu yg tidak baik, bacalah ayat ini...Dengan izin Allah....tips ni abid dpt masa dgr al kuliyyah
bertajuk ubat hati panelnya ust haslin dan ust syarhan...

p/s

beramal dengan quran