ad-din ku

salam...teringat ceramah ust sylvester ketika dtg berceramah d masjid UKM...berkaitan cabaran muslim masa kini, anjuran Fssk...Alhamdulillah pada hari itu jga di akhir ceramah kmi jdi saksi seorg student sabah menerima kalimah syahadah....terasa kagum begitu inayah Allah tersebar kpd sesiapa yg d kehendakinya....teringat pengisian ceramah, dalam ceramah tu ust kata dia x risau d sabah walau x byk masjid seperti d semenanjung.....mula2 bermain d minda apa yg d maksudkan ust....akhirnya ust simpulkan, d sabah x byk masjid, kalu ad pun jauh2...tp d masjid itulah setiap kali waktu solat semua muslim berkumpul menunaikan solat berjemaah....masjid jdi tempat tumpuan, di situlah letaknya kekuatan muslim d sana..teguh...ust terus membandingkan dgn d semenanjung, masjidnya byk, indah2 tp xda jemaah..ehm mungkin jga disebabkan terlalu byk...nk kaitkan skit dgn dokumentari african american muslim yang disiarkan di dalam Al-muqaddim USA d astro oasis ad persamaan nya...d satu kawasan di amerika, ad satu komuniti islam...kekuatan silaturrahim antara mereka amat kuat, walau dalam komuniti yang kecil...masjid bukan setakat di jadikan tempat beribadah malah tempat untuk menuntut ilmu, diskusi antara agama...yg menarik perhatian mereka bukan islam secara warisan... pegangan islam mereka teguh....Contohnya....seorng muslim d sana ketika d temu ramah x henti2 bertasbih memuji Allah...salam ditebarkan d mana2...kalu jumpa org duduk d tepi jalan pun dgn senaskah al-quran...wanita2 menutup aurat dg sempurna...hebat mereka praktikkan cara hidup muslim...terkesan di hati jika membandingkan d sini...

p/s

" Maha suci Allah"

child prayer

5 perkara

saya dh 5 tahun belajar di luar negara tetapi saya ingat yang 5 tuu..saya dh 5 benua sya merantau, tp saya igt yg 5 tu...saya x kemana2 pun tapi sya igt yg 5 tu..anda nk tau apa 5 tu??????????????

(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan zakat
(5) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)

Ummun

Firman Allah bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Ibunya mengandung dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. (Dengan demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu bapamu. Hanya kepada-Ku tempat kembalimu.” (Surah Luqman ayat 14)

Firman Allah bermaksud:"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia."
Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil". surah al-isra' ayat 23-24



Rasulullah SAW pernah ditanya seorang lelaki: “Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik? Jawab Rasulullah: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Ujar Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu.”

Daripada Abdullah Amru, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Keredaan Allah daripada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis riwayat Tirmizi)

td khutbah jumaat pun sntuh tajuk ni, ad 1 kisah oleh khatib....ni ringkasan ja..."seorg pemuda membawa ibunya bertawaf dgn penuh cermat, selepas tu dia berjumpa dgn ibnu umar, dia bertanya sudah cukup ke pengorbanannya itu tuk menggantikan pengorbanan ibunya...ibnu umar menjawab pengorbanannya itu sedikit pun x sma seperti satu hembusan semasa melahirkannya....huhu tinggalkan pada semua utk menilainya....

berfikir dgn penuh hikmah




subhanallah .... maha suci Allah...salam..sja nk ajak sahabat semua berfikir sejenak...picture ni adalah masjid yang berdiri utuh semasa tsunami dlu...ehmmmmmmmmmm....knp ye??semua d sekeliling nya habis dibawa arus tsunami tp masjid ni utuh????? ana letakn pada antum & antunna sendiri untuk memikirkan nya....

p/s
satu yg subjektif, kehidupan penuh dgn persoalan...pelbagai persoalan timbul, pelbagai pendapt.....tp.....adilkah kita dgn diri kita????? adilkah kita dgn pencipta kita yang maha agung...sebenarnya blog ni di buat pun untuk mendidik diri ini...bantulah sahabat...kita ubah diri kita, kita ubah persekitaran kita... semua impikan sesuatu yang baik, so kita berubah kepada yang baik..islam adalah segala-galanya bagi kita...ad sesuatu d hati yang x dpt drungkai...semoga kita d redhoi oleh Allah...

solat



ehmmm...teringat pula sem lepas ad terlibat summer camp tuk pelajar sek. men, satu pagi tu selepas solat subuh melayan kerenah adik2 ni d surau...pagi tu kami berdiskusi....... ' siapa di sini berjaya solat 5 waktu sehari semalam'...sorng pun x angkat tangan..bila ditanya kembali....ehm.... drg solat tp xdapat penuh 5 waktu...xblh salahkan adik2 ni, semua dalam usia remaja, semua tengah cari identiti, karektor masing2...mungkin faktor persekitaran juga, rmi yg kurang sensitif tentang solat....rmi yang ambil mudah ttg solat...didikan sempurna ttg solat sepatutnya diterap sejak kecil lagi, dalam usia kecil kita dh ad degree dalam solat, bila dalam usia remaja kita sepatutnya dh master maksud2 bacaan dalam solat, n bila dewasa kita ada Phd utk solat yang khusyuk( peringkat tertinngi dalam solat)...satu lagi perkara penting adalah solat berjemaah...
ini ad hadis berkaitan dgn solat:

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya"

( Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )

Daripada Ibn Umar r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat."

( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )


Daripada Abu Umamah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Bertakwalah kepada Tuhan kamu, tunaikanlah solat lima waktu kamu, berpuasalah pada bulan kamu (Ramadhan), tunaikanlah zakat harta kamu, dan taatilah orang yang mengendalikan urusan kamu; nescaya kamu memasuki syurga Tuhan kamu."

( Riwayat al-Tirmizi )

Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Seseorang yang mengumpulkan dua solat tanpa sebarang alasan yang kukuh sampailah dia ke salah satu pintu kabair(dosa besar)."

Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa sewaktu Rasulullah SAW memperkatakan tentang solat baginda bersabda :
"Pada hari Hisab, solat akan menjadi nur kepada orang yang mengejarkannya; menjadi penghujjah bagi pihaknya dan menjadi penyelamatnya. Walhal, tidaklah ada nur , pembela dan penyelamat".

"Yang senasib dengan orang-orang ini pada hari Hisab adalah kerana amalan-amalan orang yang sesat ini diikuti . Itulah sebabnya solat dilengah-lengahkan.

Dari itu jika seseorang melengah-lengahkan solat kerana tamakkan kekayaan, dia akan menemui nasib Qarun; jika kerana cintakan kedaulatan, maka nasib Fir'aunlah yang diterimanya; jika kerana berhasrat hendak mendampingi seorang raja maka nasib Hamamamlah yang diterimanya; dan jika kerana sibuk dengan berniaga maka nasib Ubay bin Khalaflah yang diterimanya."


p/s

"Dan dirikanlah olehmu solat, kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar" (Al Ankabut : 45)

so pasni sma2 kita berpesan2, ingat-mengingati dalam solat & memandang serius ttg bab solat..jika ad yg belum mahir maksud bacaan dalam solat, pelajarilah, itu blh bantu kita khusyuk dalam solat. jika solat kita x cukup, berazamlah memperbaiki solat kita..semoga ibadah kita di terima olehNya..amin

more info blh dapat di
http://www.pspnperak.edu.my/pendidikanislamt1/Mohd_Zahir_bin_Abd_Rahman/BBM/Bab%20Solat.htm

Kuala Lumpur Kota Kebudayaan Islam 2009


alhamdulillah..kuala lumpur telah dipilih sebagai kota kebudayaan islam oleh pihak Pertubuhan Antarabangsa Pendidikan, Kebudayaan Saintifik Islam (ISESCO)....semoga pemilihan ini dapat membawa Malaysia sebagai negara islam contoh yg maju, mampu berdaya saing seiring dgn negara membangun lain...syumul islam...

p/s
sama2 kita berusaha menonjolkan cara hidup islam dalam diri kita...nnt kita blh d contohi..ehm...bgs2...semoga pemilihan ni memberi anjakan paradigma untuk kita memperbaiki cara hidup muslim, menjadi role model kepada sesama muslim & yang bukan muslim... :)
' Jgn biarkan minda kita terjajah cara hidup barat, sebaliknya kita jajah cara hidup mereka dgn melaksanakan cara hidup islam sepenuhnya'

alhamdulillah


alhamdulillah dah abis exam..dh berusaha, selebihnya berserah pada Allah swt..semoga semua yang bergelar muslim di beri kejayaan olehNya...lepas ni sambung praktikal di HUKM..harap dimudahkan segalanya...aminn....buat rakan2 final year, jgn lupa cntct bila dh abis nnt...korng suma mmg best... :)


p/s
'ya Allah, anugerahkanlah rasa cinta kami terhadapmu, anugerahkanlah kami kefahaman di dalam agamaMU, anugerahkanlah kami kefahaman dalam ilmuMu yang meluas, berkatilah apa yang kami pelajari, redholah kami sebagai hambaMu, redholah IlmuMu yang meluas kepada kami, permudahkanlah kami menerima ilmu, kekalkan lah ia di dalam ingatan kami dan permudahkanlah kami mengeluarkannya apabila kami memerlukan, beikanlah kami kejayaan di dunia dan di akhirat, terimalah doa ini ya Allah'
amin allahumma amin

Ya ilahi...ya Ilahi

bingkisan buatmu


sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi & disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. lantaran daripada keindahan ciptaan mu itu, kau umpama sekuntum bunga yang maha harum aromamu bisa menarik sang kumbang untuk mendekatimu. adakah semudah itu kau ingin menyerahkan diri pada sang kumbang?.........
...............akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah iman lelaki. seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri.kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri. sesungguhnya Utusan Allah ad mengatakan tentang bahaya dirimu.
' Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita'
Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?

bingkisan daripada novel "Tautan Hati" karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin (m/s 325-326)

p/s
'bantulah diri untuk bantu persekitaran berubah'.. apa yang dilihat kita bukan xnak berubah tp persekitaran kita mmg cmtu...so andai nya semua kembali kepadaNya..ehm............novel ini sangat menarik...jika lelaki yang baca tersipu2 dengan semangat mujahidah watak2nya..jika wanita yang bca mesti ad semngat yang tinngi untuk menuju kebaikan....andainya dpat jumpa dgn elya khadeeja @ asiah yusro...ehmmmmmmmmmmmm

Jika ak jatuh ati

bersyukurLah.....

akal

'Kelebihan burung pada kepaknya, kelebihan gajah pada kekuatannya & kelebihan manusia pada akalnya' Cendiakawan

ilmu lgi

“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.” (HR. At Tirmidzi, dishahihkan Al Imam Al Albani)

ilmu

'Menuntut ilmu adalah taqwa, menyampaikan ilmu adalah ibadah, mengulang-ulang ilmu adalah zikir, mencari ilmu adalah jihad'
Al-Ghazali

setuju2

Dalam rancangan Anjakan Paradigma.. di akhir rancangan Dato Fadzilah kamsah membuat kesimpulan kalau pergi kursus pra perkahwinan kena pg juga kursus poligami...hehehe....setuju2...

berharga bagi wanita....

link ni ad full version Panduan Menutup Aurat...so jalan2 jom...
http://s6.invisionfree.com/DRAGONIZER/ar/t1046.htm

p/s

'bantulah diri berubah dgn membantu persekitaran berubah'

kesian pada muslimin, so wanita kena r tutup aurat..bukan tutup aurat ja, tp tutup aurat dgn sempurna....so dgn lafaz bismillah saya merasmikan kempen menutup aurat peringkat aras..hehehe

alhamdulillah tgk junior rmi yg menutup aurat dgn sempurna...syabas & tahniah...jdikn dri anda role model islam... :)

isu palestin....

satu ketika hangat ttg isu palestin..ttg isu negara islam yg terjajah.. mcm2 dibuat sbg tanda sokongan..sokongan kita berikan seharusnya berterusan..kita boikot brg2 keluaran mereka..bgs2! tp umpama pendapat si suami di dalam buku "Pemilik Cintaku, Setelah Allah & Rasul"...kita seharusnya boikot jga cra hidup mereka..cara hidup mereka???????? dri segi sosial nya, segi penampilan, sikap...rmi yang tau isu ni, tp keegoaan menutupi segalanya.. agama spptnya di atas, d letak di bawah prinsip diri....jgn lupa palestin & negara islam blum bebas lgi...sma2 kita berdoa..



"haibar2, haibar ya yahuds"

buku lgi

ehm dalam perjalanan ke satu destinasi dua hari lepas..ad dgr radio ikim..ulasan tentng buku..bertajuk "U-Turn, Ke Jalan Yang lurus"..buku ni karangan Ust Zulramli terbitan Galeri Ilmu..baru dilancarkan masa pesta buku haritu..agk susah nk cri..smlm seorg shbt g cri pun x jumpa...buku ni ad 40 mutiara, suma berdasarkan hadis..sgt berkaitan dgn kehidupan kita..U-turn ehm =kembali (kembali kepada agama)....review dri pembaca buku ni blh membuatkan kita bermuhasbah..terkesan d hati..

'masa bulan Ramadhan lalu tazkirah selepas solat zohor d masjid ukm, ust tu ad cakap manusia paling mudah lupa bab agama' ehm btl2.. buku ni myb blh u-turn kan kita.....tgh cri jga buku ni, xjumpa2..huhu
niway ni blog penulis
http://zulramli.blogspot.com/

buku...


salam.."Pemilik Cintaku, Setelah Allah & Rasul"buku ni karangan Fatimah Syarha..syukran amry yg bgi ak bca buku ni..buku ni berkait rapat dgn kehidupan..rasanya semua kena baca buku ni..walaupun mcm sesuai utk pempuan ja, laki pun blh baca sekadar teladan..buku ni mengajar kita cinta ilahi adalah segala2 nya..byk yg d rungkaikan terutamanya ttg sosial remaja sekarang, isu2 semasa...harga buku ni RM 12, terbitan Telaga Biru....so kalu senang dapatkat buku ni.... :)

p/s
' wahai permata islam, islam bukan sekadar agama, ia adalah cara hidup'

petikan buku (diambil secara random dri buku)

"abang, sayang masih belajar masak. Tak mampu nk masak sedap. sayang hanya mampu letak perncah Bismillah dan tawakl saja".ujarku

"bagi abang, telur hangit yang sayang masak dirumah lebih sedap daripada nasi beriani yang dibeli dikedai".jawapnnya sungguh bermakna bagi ku. Lega rasanya. Pelbagai persaan yang bergolak kembali tenteram dan pd saat itu juga azamku makin membara untuk memasak yang terbaik.


Suamiku menyambut huluran gelas. dia tidak segera minum sebaliknya memerhatikan aku minum dr gelas yang berbeza..
"abang nk gelas sayang" pintanya., lalu kuhulurkan gelas ditangnku kepadanya.

"abang nak minum dr tempat sayang letakkan bibir," kata suamiku seiring perilaku. Sungguh terhibur ak mengenangkan sirah Rasulullah SAW minum dr tempat Aisyah r.a meletakkan bibirnya. Masyallah kami sedang mempraktikkannya!


"abang sayang sayang lebih," bals suamiku. "tak, sayang syang abang lebih,"..ak xmahu mengalah.."abng sayang lebih..." diapun enggan berganjak. puas ak berfikir, apa taktikku supaya dia menerima kenyataanku?

"abng kata, dlm rumah tangga kena toleransi. anbng bagilah perkataan 'sayang lebih' tu pada sayang. Sayang sayang abang lebih..."rayuku..

"sayang, kita memng kena toleransi kecuali dalm hal ini. Abng terlalu sukakan sayang, Lebih!" Isu 'siapa sayang lebih' sering kami perdebatkan sehari-hari, menambahkan resepi kemesraan.


"sayang, sunah Rasulullah yang mana lagi belum kita buat?"
suamiku bertanya sambil tangnnya sentiasa mesra membelaiku.

"lumba lari", jwabku pantas. kelihatan sebuah seyuman terukir indah dibibirnya.
"nak berlumba?" dia bertanya..

"mm,nak! ak menjawab penuh yakin, yang mengundang reaksi spontanny. suamiku mengangkat kening...