solat



ehmmm...teringat pula sem lepas ad terlibat summer camp tuk pelajar sek. men, satu pagi tu selepas solat subuh melayan kerenah adik2 ni d surau...pagi tu kami berdiskusi....... ' siapa di sini berjaya solat 5 waktu sehari semalam'...sorng pun x angkat tangan..bila ditanya kembali....ehm.... drg solat tp xdapat penuh 5 waktu...xblh salahkan adik2 ni, semua dalam usia remaja, semua tengah cari identiti, karektor masing2...mungkin faktor persekitaran juga, rmi yg kurang sensitif tentang solat....rmi yang ambil mudah ttg solat...didikan sempurna ttg solat sepatutnya diterap sejak kecil lagi, dalam usia kecil kita dh ad degree dalam solat, bila dalam usia remaja kita sepatutnya dh master maksud2 bacaan dalam solat, n bila dewasa kita ada Phd utk solat yang khusyuk( peringkat tertinngi dalam solat)...satu lagi perkara penting adalah solat berjemaah...
ini ad hadis berkaitan dgn solat:

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya"

( Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )

Daripada Ibn Umar r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat."

( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )


Daripada Abu Umamah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Bertakwalah kepada Tuhan kamu, tunaikanlah solat lima waktu kamu, berpuasalah pada bulan kamu (Ramadhan), tunaikanlah zakat harta kamu, dan taatilah orang yang mengendalikan urusan kamu; nescaya kamu memasuki syurga Tuhan kamu."

( Riwayat al-Tirmizi )

Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Seseorang yang mengumpulkan dua solat tanpa sebarang alasan yang kukuh sampailah dia ke salah satu pintu kabair(dosa besar)."

Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa sewaktu Rasulullah SAW memperkatakan tentang solat baginda bersabda :
"Pada hari Hisab, solat akan menjadi nur kepada orang yang mengejarkannya; menjadi penghujjah bagi pihaknya dan menjadi penyelamatnya. Walhal, tidaklah ada nur , pembela dan penyelamat".

"Yang senasib dengan orang-orang ini pada hari Hisab adalah kerana amalan-amalan orang yang sesat ini diikuti . Itulah sebabnya solat dilengah-lengahkan.

Dari itu jika seseorang melengah-lengahkan solat kerana tamakkan kekayaan, dia akan menemui nasib Qarun; jika kerana cintakan kedaulatan, maka nasib Fir'aunlah yang diterimanya; jika kerana berhasrat hendak mendampingi seorang raja maka nasib Hamamamlah yang diterimanya; dan jika kerana sibuk dengan berniaga maka nasib Ubay bin Khalaflah yang diterimanya."


p/s

"Dan dirikanlah olehmu solat, kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar" (Al Ankabut : 45)

so pasni sma2 kita berpesan2, ingat-mengingati dalam solat & memandang serius ttg bab solat..jika ad yg belum mahir maksud bacaan dalam solat, pelajarilah, itu blh bantu kita khusyuk dalam solat. jika solat kita x cukup, berazamlah memperbaiki solat kita..semoga ibadah kita di terima olehNya..amin

more info blh dapat di
http://www.pspnperak.edu.my/pendidikanislamt1/Mohd_Zahir_bin_Abd_Rahman/BBM/Bab%20Solat.htm

0 comments:

Post a Comment