Hiburan semata...

As salam...Dengan Nama Allah...Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya mutakabbir..selayaknya hanya bagi Allah..kali ni abid nk ajak tuk lihat pada satu persoalan...mengenai hiburan pada masa kini.....semenjak ni lahirnya rancangan2 realiti tv yang berbentuk hiburan semata2 dengan banyaknya..tidak terkecuali realiti tv utk kanak2..kanak-kanak..abid teringat satu ketika, topik pagi di ikim.fm membincangkan topik penglibatan kanak2 di awal umur dengan hiburan...blh dikatakan semua pendengar tidak bersetuju dengan penglibtan kanak2 di dalam industri hiburan....bagi abid sendiri abid juga tidak bersetuju..

kain yg putih bersih pada mulanya terpulang utk dicorakkan, jika baik coraknya, moleklah kain itu tampak indah..., jika kain putih di titik dengan satu titik hitam dengan satu titik hitam lagi satu demi satu..lama kelamaan tampaknya hanya hitam...tidak menarik...bukanlah cara hidup artis, cara berpakaian, cara pergaulan menjadi idola, menjadi paksi untuk anak2 membesar...Sebaliknya islam itu indah, mudah tp jgn dipermudahkan...abid xnk bincang implikasi kanak2 terlibat dgn hiburan, fikrlah sendiri, adakah generasi akan dtg generasi hiburan???..

itu hiburan buat kanak2, bagai mana pula yg dewasa dengan terkinja2 menari, menyanyi, bercampur gaul laki permpuan...semua dilakukan tanpa segan silu, mcm perkara biasa dh, dh xda salah..ehmmm...kita dah besar, dpt fikir warasnnya baik buruknya satu perkara...fikirkan sendiri, muhasabah..cuma abid nk ingatkan terutama buat diri abid, ingat kita seorng islam yang benar2 islam bukan hanya pada nama...jika kita terjebak, sampai bila kita mahu terjebak..fikir2kan...secara rumus, bersederhanalah dalam berhibur...

(Lalu dikatakan kepada mereka setelah ditimpakan dengan azab), "Balasan buruk yang demikian ini disebabkan kamu dahulu bersukaria di muka bumi dengan cara yang salah (melakukan perbuatan syirik dan menolak kedatangan hari kiamat), dan juga disebabkan kamu berlebih-lebihan dalam bersukaria"


Surah Ghafir ayat 75

Abid teringat semasa kem rohani di bangku sek. men....pesanan ustz, untuk cuba shiftkan hiburan barat yang kamu ikuti sekarang kepada hiburan yg bermanfaat, yg islamik seperti nasyid, qasidah, alunan zikir, bacaan quran...cuba dan cuuuubbaaaaa...nasyid itu sama kualitinya dengan muzik2 barat malah lebih terisi daripda lagu barat yg tidak ketahui liriknya...smenjak pada itu abid mula berjinak2 dengan nasyid dan mula meninggalkan lagu2 daripada barat...buat sesiapa yg nk try to shift abid syorkan dgr lagu daripada sami yusof, maher zain, ahmad bukhatir, soldier of Allah dan juga dari nasyid tempatan..lagu2 ni xkurang hebatnya malah terselit kalimah2 memuji Allah S.W.T....dalam mendengar jiwa terisi, dalam menyanyi memuji Allah, dalam lagunya punya mesej dakwah yg hanya perlu difikir sejenak untuk merungkainya...Ayuh Celik !!!

ketahuilah, ketahuilah dalam sedar kita....selamilah kalam Allah di dalam Surah Fatir ayat 19-21...

"Tidaklah sama orang buta dengan orang yg celik"

"Dan tidaklah sama kegelapan dengan cahaya yang terang-benderang"

"Dan tidaklah sama suasana yang teduh dengan panasnya"

Surah Fatir ayat 19-21...

Dunia bukanlah segalanya...hidup di dunia ada permulaan dan akhirannya, tetapi akhirat pula ada permulaan tiada penghujungnya, itulah kehidupan sebenar2...

"Sesiapa yang hanya menginginkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak diakui oleh al-quran tentang sah atau batalnya), maka kami akan membalas hasil usaha mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka tidak dikurangkan sedikit pun padanya"

"Merekalah orang yang tidak memperoleh sesuatu pun pada hari akhirat kelak melainkan azab neraka, pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia dan sia-sialah apa yang mereka telah kerjakan"

Surah Hud ayat 15 dan 16

Jadikan Quran dan Sunnah sebagai panduan...istiqamahlah...

"Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang benar sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang yang kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian. Janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah maha melihat akan apa yang kamu kerjakan" Surah Hud ayat 112

p/s

"Wahai tuhan kami! kurniakanlah kami rahmat daripada sisimu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami" Surah Al-Kahfi ayat 10

0 comments:

Post a Comment