Al-Ma'idah ayat 8
Fesyen Jahiliyah Moden
Sepakat ulama sependapat seandainya potongan seluar dipakai wanita menyerupai seluar yang dipakai oleh lelaki san ketat serta dipadankan dengan baju yang ketat dan singkat serta sendat seperti T – shirt atau apa – apa fesyen baju yang ketat maka hukumnya adalah haram. Ini kerana pakaian tersebut dikira seolah – olah tidak berpakaian dan tidak sempurna menutup auratnya disebabkan masih nampak melalui bentuk tubuh badan yang jelas.
Sekiranya seorang wanita memakai seluar panjang yang longgar bersama baju berlengan panjang yang labuh melepasi punggung tidak menampakkan bentuk tubuh badan maka diharuskan kerana auratnya terjamin dan terlindung melalui pakaian yang longgar dan labuh.
baca lagi........
Bunga2 d taman
jgn menjadi seperti bunga melati yang kehilangan duri, gugur dari tangkainya dan dipijak2, sehingga kumbang xsudi mendekati apa lagi merebut madunya..
'Kitab cinta yusuf & Zulaikha, Taufiqurrahman al-azizy'
Tafsir Quran per kata - Dr Ahmad Hatta, M.A

salam...tafsir quran yang menarik, membantu kita untuk mendalami, menyelami dan memahami al-quran (slalu mendalami ilmu duniawi ja)..tafsir per kata (membantu perbaiki dan belajar bahsa arab) dan ad tafsir sepenuhnya...lgi 1 ad asbabun nuzul, tujuan/sebab turunnya satu ayat tu (memberi pengajaran dan motivasi disamping pengetahuan tentang sirah kepada kita)...n ad daftar tema Al-quran( berkaitan mcm2 bab seperti ilmu pengetahuan, jihad, iman dan macam2 lagi..keluaran Maghfirah Pustaka, Indonesi..ana suggest setiap keluarga ad tafsir quran ni..amat sesuai juga untuk student...Harganya di antara RM 100 - 160..so kalu berkesempatan dptkan quran ni...

p/s
semoga kita terus teguh bersama Al-quran...
Buat Bidadari-Ku
Bidadari bidadari,
Temanilah resahku,
Bidadari bidadari,
Tenangkanlah jiwaku.
Cinta setia, hidup mati,
Selamanya,
Kerna kau isteriku,
Isteriku tercinta,
Pelengkap rusuk kiriku.
Bidadari bidadari,
Jadilah pendampingku,
Bidadari Bidadari,
Jadilah sang setia.
Jadilah sang setia.ilah sang setia.
Kerna cinta,
Cinta suci,
Ertinya tidak pernah sepi,
Sepi daripada,
Cubaan yang tak terduga.
C/O
Kau umpama bintang utara,
Penunjuk jalan yang terang,
Kau beri harapan,
Saat ku jatuh bangun semula.
Kau berikan sakti cintamu,
Penawar racun berbisa,
Dan ikatan kita,
Cinta abadi hanya di Syurga.
berhikmah dalam mendidik
' mendidik anak ketika kecil umpama mengukir di atas batu, mendidik anak diusia remaja umpama melukis di atas air'
mcm mana nk melukis di atas air ???? satu perumpamaan yang cukup cantik.... usia remaja, usia yang sensitif, usia di mana masing2 tercari-cari identiti masing-masing, mcm2 benda mempengaruhi pemikiran remaja, cukup byk kita lihat disekeliling kita...terkadang ada yg terkeliru...umpama perkara yg dianggap suka akhirnya membawa duka...segalanya terpulang kepada pemikiran dan muhasabah diri..sama ada mencorak sebaiknya/sebaliknya....
perjuangan beragama mengatasi segala perjuangan
my ummah....bangkit saudaraku....
My Ummah
My ummah, my ummah
He will say
Rasulullah on that day
Even though we've strayed from him and his way
My brothers, my sisters, in Islam
Let’s struggle, work, and pray
If we are to
Bring back the glory of his way
CHORUS:
Ya Allah ya rabbal ‘alamin
Ya rahmanu ya rahim
Ya rabbi
O Allah Lord of the Worlds
O Merciful and Beneficent
O my Lord
Let the Ummah rise again
Let us see daylight again
Once again
Let’s become whole again
Proud again
’Cause I swear with firm belief in our hearts
We can bring back the glory of our past
My ummah, my ummah
He will say
Rasulullah on that day
Even though we strayed from him and his way
Look at where we were
And look at where we are
And tell me
Is this how he’d want it to be?
Oh no! Let us bring back our glory
surah al-ahzab ayat 21
surah al-ahzab ayat 21
manusia mudah lupa !!!!!
surah al-zumar ayat 8
surah yunus ayat 12
surah yunus ayat 12
p/s
innallah ma'ana..sesungguhnya Allah bersama kita..kepada Allah kita berserah dan kepada Allah kita memohon pertolongan...mengingati Allah bukan di dalam kita kesulitan sahaja..mengingati ALlah dgn selalu bertasbih menyingkap keagunganNya...Manusia mudah lupa terutamanya di dalam beragama...seringkali kita blh igt msa untuk makan, masa untuk blajar masa untuk bkerja dan kita peruntukkan masa yg cukup byk utk itu semua..tetapi terkadang kita lupa peruntukkan waktu untuk solat...perantara yg hubungkan kita terus dgn sang pencipta kita..sama2 kita menilai dan perbaiki diri kita..
takbir !!!
Al-mulk 1-4
Al-mulk (ayat 1 hingga 4)
ayat 59,an-nisa'
Puasa hati dan jiwa
p/s
terkadang kita x sedar yng diri kita ni tidak adil seadilnya...adilkah kita pada diri kita sendiri, adilkah kita kepada keluarga, rakan2 kita, adilkah kita dengan waktu kita dan paling penting sekali adilkah kita kepada sang pencipta kita Allah yang maha besar...kita sanggup menghabiskan masa kita dalam 1 hari dengan bermacam2 perkara tidak bolehkah kita peruntukkan untuk ibadah menghadap Allah...kita memuji artis2, idola kita bukankah selayaknya pujian bagi Allah maha suci...jom kita belajar puasakan hati dan jiwa kita sekali
Tanyalah ummi di tv 10
Platform untuk transit kepada sesuatu yang lebih baik
p/s
buat si mawar, litupilah diri dgn duri2 yang tajam...indah2 semua mawar yg dicipta Allah...bantulah org lain dgn bantu diri anda.. kesian pada permata islam untuk menjaga mata bagi elak zina mata terutamanya di bulan mulia ni...sama-sama kita hayati n hormati bulan ramadhan ni... x rasa ralat ke kita puasa tp .... ....
buat permata islam...tingktkn ibadah n slalu igt berzikir...jaga perbuatan kita suma...
Renungan
surah al-baqarah ayat 216
makrifat cinta

novel sambungan dr syahadat cinta...hebat tarbiyyah dakwah yg membawa rakan2 nya semua ke arah kebaikan....ad 1 lgi sambungan dia, musafir cinta...otw
AKTA 33:59....

akta 33;59...blh saman ni, ini bukan sebarang perintah/peraturan...ehm xpyh r saman2..msg2 dh dewasa..fikirkan sendiri....
(surah al-ahzab ayat 59)
Hebatnya cabaran & dugaan dakwah kepada keluarga
p/s
suburkan dakwah sesama islam seterusnya tuaikan dakwah kepada orng yang belum menerima islam
Realiti kehidupan - JANGAN LUPA IMAN !!!!
Realiti Tv Vs Realiti kehidupan
syahadat cinta

Novel karya Taufiqurrahman Al-azizi..sesuai untuk pemuda2...kisah yang meninggalkan kesan di hati.. Iqbal Maulana seorng pemuda bandar yang hidup mewah & sering berfoya2..meninggalkan agama..Iqbal mula tersedar apabila secara x sengaja telah mencederakan ibunya ketika mabuk..peristiwa tersebut menyedarkan Iqbal & beliau tekad untuk memperbaiki diri (belajar di sekolah pondok)..dalam usia 22thn Iqbal masih xtau solat, membaca Al-quran & serba-serbi ttg agama..dalam 2 bulan d sekolah pondok Iqbal hanya menimba air untuk santeri tp x menimba ilmu..dia tertanya2??..satu peristiwa menyebabkan dia lari dri sekolah pondok & terjumpa dgn khaura, prisilia & keluarga pengemis (mak cik Jamilah & anaknya)..selama 14 hari Iqbal d tarbiyyah oleh keluarga pengemis tersebut yang miskin harta tp kaya dgn hati & jiwa..pembebasan Iqbal dri penjara membawa kepada pengislaman lia..apabila kembali ke sekolah pondok cinta berputik pada seorng santeri puteri (zaenab)...Iqbal di buang dri sekolah pondok kerana perbezaan pendapat dgn santeri lain..dan akan kembali selepas 3 thn.....novel ni byk tarbiyyah...kalu kurang minat baca buku ceramah, blh bca buku ni...setiap bab digarap dgn ayat2 quran & hadis..persoalan2 agama...ni movie trailer dia..
Mukjizat Cinta

salam..novel karya Muhammad Masykur A.R Said..sebuah lgi novel islamik...kisah pengorbanan sahabat (Pak Afdhal) bagi memenuhi kehendak rakannya yang sakit (shamsul) menanggung beban rasa bersalah terhadap seorng gadis puluhan tahun dlu...berlatarkan indonesia & kebanyakkannya di Malaysia...mcm novel2 sebelum, novel ni ad byk unsur tarbiyyah, ayat2 quran, hadis yang di kongsikan oleh penulis...penyakit ganjil shamsul sembuh (ketika Shamsul koma) setelah kedua2 wanita yang pernah dicintainya & isterinya mendoakan kesihatannya secara bergilir2...lebih kurang kisah Ashabul Kahfi masa nk kuar dri gua..mereka berdoa sepenuhnya dan bergilir2 sehingga pintu gua terbuka sedikit demi sedikt dan akhirnya terbuka luas..Shamsul akhirnya sedar & sembuh kembali..myb sbb ni lah buku ni tajuk dia mukjizat cinta..jalan cerita yang menarik, watak2 dalam ni suma dh tua2...konflik yang jelas, x byk sgt...keperibadian isteri Shamsul (Fatimah) sgt baik,, harus dicontohi...hubungan kekeluargaan yang akrab..walau dh tua drg ttp romantik..hehe
tahajjud cinta

novel karya muhammad el natsir, novel best seller d indonesi..novel yang digarap dgn pengisian islam, berceritakan ttg seorg bukan islam (lycen cee) yang bercinta dgn seorng ustaz...akhirnya membawa kepada pengislamannya...novel ni menekankan ttg amalan tahajjud, ibadah malam yang dpt mententeramkan jiwa, membuka pintu rezeki...apabila buntu dalam masalah solat tahajjud dilakukan untuk mencari penyelesaian...tahajjud cinta tajuk bab di akhir novel..di mana lycen cee bertahajjud meminta pertolongan dr Allah bagi menyelamatkan ustaz fatih yang cedera parah ditembak...plot novel yang agak ekstrim...byk konflik yang terkait dgn kehidupan kini, terutamanya dalam gejala sosial seperti meragut, berjudi, minum arak...insya'allah kalu bca novcl ni akan dapat tarbiyyah...segalanya kembali kepada Allah...
warkah cinta berbau syurga

novel islamik karya saudara Ubaidillah Alias....novel ni juga byk unsur tarbiyyah terutamanya dalam hubungan lelaki & perempuan..watak Amir mukhlis yang berprinsip & tegas menjaga batas2 pergaulan perlu d contohi...novel ni juga berkisah d mesir sama seperti novel ketika cinta bertasbih (+kehidupan di mesir)...jalan cerita mnarik pada pertengahan novel (ketika amir di mesir)....
amir yang membesar dgn pegangan agama yang subur ,mula teruji dgn kehadiran wardah yang perlukan perhatian...mengharapkan sebuah jawapan, kemudian balqis mucul membawa harapan...dalam menjalani tahun akhir, dia perlu menyelesaikan konflik perasaan & persahabatan tambah dgn dibebani penyakit...kesudahannya???????? so kena baca r....
ketika cinta bertasbih

salam...novel ketika cinta bertasbih ni ad 2 episod....mengisahkan tetang seorng pemuda yg bernama khairul azzam....novel ni merupakan sebuah novel islamik...byk unsur2 tarbiah...novel ni karya kang abek (habiburrahman el shirazy)...movie pun ad kuar d indonesi 11jun aritu...novel ni kisah ttg seorng pemuda khairul azzam yg blaja di mesir dan menyara keluarganya di indonesia..watak azzam, cara pemikirannya amat menarik...segalanya dengan hikmah....kisah anna althafunissa menarikkan lagi jalan cerita novel ni.... nk tau jalan cita skit2 tgk trailer ni...
http://www.filmketikacintabertasbih.com/
(huhu andainya dpt jumpa anna !!!!!) huhu
ad-din ku
p/s
" Maha suci Allah"
5 perkara
(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan zakat
(5) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
Ummun
Firman Allah bermaksud:"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia."
Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil". surah al-isra' ayat 23-24
Rasulullah SAW pernah ditanya seorang lelaki: “Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik? Jawab Rasulullah: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Ujar Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu.”
Daripada Abdullah Amru, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Keredaan Allah daripada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis riwayat Tirmizi)
td khutbah jumaat pun sntuh tajuk ni, ad 1 kisah oleh khatib....ni ringkasan ja..."seorg pemuda membawa ibunya bertawaf dgn penuh cermat, selepas tu dia berjumpa dgn ibnu umar, dia bertanya sudah cukup ke pengorbanannya itu tuk menggantikan pengorbanan ibunya...ibnu umar menjawab pengorbanannya itu sedikit pun x sma seperti satu hembusan semasa melahirkannya....huhu tinggalkan pada semua utk menilainya....
berfikir dgn penuh hikmah



subhanallah .... maha suci Allah...salam..sja nk ajak sahabat semua berfikir sejenak...picture ni adalah masjid yang berdiri utuh semasa tsunami dlu...ehmmmmmmmmmm....knp ye??semua d sekeliling nya habis dibawa arus tsunami tp masjid ni utuh????? ana letakn pada antum & antunna sendiri untuk memikirkan nya....
p/s
satu yg subjektif, kehidupan penuh dgn persoalan...pelbagai persoalan timbul, pelbagai pendapt.....tp.....adilkah kita dgn diri kita????? adilkah kita dgn pencipta kita yang maha agung...sebenarnya blog ni di buat pun untuk mendidik diri ini...bantulah sahabat...kita ubah diri kita, kita ubah persekitaran kita... semua impikan sesuatu yang baik, so kita berubah kepada yang baik..islam adalah segala-galanya bagi kita...ad sesuatu d hati yang x dpt drungkai...semoga kita d redhoi oleh Allah...
solat


ehmmm...teringat pula sem lepas ad terlibat summer camp tuk pelajar sek. men, satu pagi tu selepas solat subuh melayan kerenah adik2 ni d surau...pagi tu kami berdiskusi....... ' siapa di sini berjaya solat 5 waktu sehari semalam'...sorng pun x angkat tangan..bila ditanya kembali....ehm.... drg solat tp xdapat penuh 5 waktu...xblh salahkan adik2 ni, semua dalam usia remaja, semua tengah cari identiti, karektor masing2...mungkin faktor persekitaran juga, rmi yg kurang sensitif tentang solat....rmi yang ambil mudah ttg solat...didikan sempurna ttg solat sepatutnya diterap sejak kecil lagi, dalam usia kecil kita dh ad degree dalam solat, bila dalam usia remaja kita sepatutnya dh master maksud2 bacaan dalam solat, n bila dewasa kita ada Phd utk solat yang khusyuk( peringkat tertinngi dalam solat)...satu lagi perkara penting adalah solat berjemaah...
ini ad hadis berkaitan dgn solat:
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya"
( Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )
Daripada Ibn Umar r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat."
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )
Daripada Abu Umamah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Bertakwalah kepada Tuhan kamu, tunaikanlah solat lima waktu kamu, berpuasalah pada bulan kamu (Ramadhan), tunaikanlah zakat harta kamu, dan taatilah orang yang mengendalikan urusan kamu; nescaya kamu memasuki syurga Tuhan kamu."
( Riwayat al-Tirmizi )
Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Seseorang yang mengumpulkan dua solat tanpa sebarang alasan yang kukuh sampailah dia ke salah satu pintu kabair(dosa besar)."
Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa sewaktu Rasulullah SAW memperkatakan tentang solat baginda bersabda :
"Pada hari Hisab, solat akan menjadi nur kepada orang yang mengejarkannya; menjadi penghujjah bagi pihaknya dan menjadi penyelamatnya. Walhal, tidaklah ada nur , pembela dan penyelamat".
"Yang senasib dengan orang-orang ini pada hari Hisab adalah kerana amalan-amalan orang yang sesat ini diikuti . Itulah sebabnya solat dilengah-lengahkan.
Dari itu jika seseorang melengah-lengahkan solat kerana tamakkan kekayaan, dia akan menemui nasib Qarun; jika kerana cintakan kedaulatan, maka nasib Fir'aunlah yang diterimanya; jika kerana berhasrat hendak mendampingi seorang raja maka nasib Hamamamlah yang diterimanya; dan jika kerana sibuk dengan berniaga maka nasib Ubay bin Khalaflah yang diterimanya."
p/s
"Dan dirikanlah olehmu solat, kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar" (Al Ankabut : 45)so pasni sma2 kita berpesan2, ingat-mengingati dalam solat & memandang serius ttg bab solat..jika ad yg belum mahir maksud bacaan dalam solat, pelajarilah, itu blh bantu kita khusyuk dalam solat. jika solat kita x cukup, berazamlah memperbaiki solat kita..semoga ibadah kita di terima olehNya..amin
more info blh dapat di
http://www.pspnperak.edu.my/pendidikanislamt1/Mohd_Zahir_bin_Abd_Rahman/BBM/Bab%20Solat.htm
Kuala Lumpur Kota Kebudayaan Islam 2009

alhamdulillah..kuala lumpur telah dipilih sebagai kota kebudayaan islam oleh pihak Pertubuhan Antarabangsa Pendidikan, Kebudayaan Saintifik Islam (ISESCO)....semoga pemilihan ini dapat membawa Malaysia sebagai negara islam contoh yg maju, mampu berdaya saing seiring dgn negara membangun lain...syumul islam...
p/s
sama2 kita berusaha menonjolkan cara hidup islam dalam diri kita...nnt kita blh d contohi..ehm...bgs2...semoga pemilihan ni memberi anjakan paradigma untuk kita memperbaiki cara hidup muslim, menjadi role model kepada sesama muslim & yang bukan muslim... :)
' Jgn biarkan minda kita terjajah cara hidup barat, sebaliknya kita jajah cara hidup mereka dgn melaksanakan cara hidup islam sepenuhnya'
alhamdulillah

alhamdulillah dah abis exam..dh berusaha, selebihnya berserah pada Allah swt..semoga semua yang bergelar muslim di beri kejayaan olehNya...lepas ni sambung praktikal di HUKM..harap dimudahkan segalanya...aminn....buat rakan2 final year, jgn lupa cntct bila dh abis nnt...korng suma mmg best... :)
p/s
'ya Allah, anugerahkanlah rasa cinta kami terhadapmu, anugerahkanlah kami kefahaman di dalam agamaMU, anugerahkanlah kami kefahaman dalam ilmuMu yang meluas, berkatilah apa yang kami pelajari, redholah kami sebagai hambaMu, redholah IlmuMu yang meluas kepada kami, permudahkanlah kami menerima ilmu, kekalkan lah ia di dalam ingatan kami dan permudahkanlah kami mengeluarkannya apabila kami memerlukan, beikanlah kami kejayaan di dunia dan di akhirat, terimalah doa ini ya Allah'
amin allahumma amin
bingkisan buatmu

sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi & disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. lantaran daripada keindahan ciptaan mu itu, kau umpama sekuntum bunga yang maha harum aromamu bisa menarik sang kumbang untuk mendekatimu. adakah semudah itu kau ingin menyerahkan diri pada sang kumbang?.........
...............akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah iman lelaki. seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri.kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri. sesungguhnya Utusan Allah ad mengatakan tentang bahaya dirimu.
' Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita'
Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?
bingkisan daripada novel "Tautan Hati" karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin (m/s 325-326)
p/s
'bantulah diri untuk bantu persekitaran berubah'.. apa yang dilihat kita bukan xnak berubah tp persekitaran kita mmg cmtu...so andai nya semua kembali kepadaNya..ehm............novel ini sangat menarik...jika lelaki yang baca tersipu2 dengan semangat mujahidah watak2nya..jika wanita yang bca mesti ad semngat yang tinngi untuk menuju kebaikan....andainya dpat jumpa dgn elya khadeeja @ asiah yusro...ehmmmmmmmmmmmm
akal
ilmu lgi
ilmu
Al-Ghazali
setuju2
berharga bagi wanita....
http://s6.invisionfree.com/DRAGONIZER/ar/t1046.htm
p/s
'bantulah diri berubah dgn membantu persekitaran berubah'
kesian pada muslimin, so wanita kena r tutup aurat..bukan tutup aurat ja, tp tutup aurat dgn sempurna....so dgn lafaz bismillah saya merasmikan kempen menutup aurat peringkat aras..hehehe
alhamdulillah tgk junior rmi yg menutup aurat dgn sempurna...syabas & tahniah...jdikn dri anda role model islam... :)
isu palestin....
"haibar2, haibar ya yahuds"
buku lgi
'masa bulan Ramadhan lalu tazkirah selepas solat zohor d masjid ukm, ust tu ad cakap manusia paling mudah lupa bab agama' ehm btl2.. buku ni myb blh u-turn kan kita.....tgh cri jga buku ni, xjumpa2..huhu
niway ni blog penulis
http://zulramli.blogspot.com/
buku...

salam.."Pemilik Cintaku, Setelah Allah & Rasul"buku ni karangan Fatimah Syarha..syukran amry yg bgi ak bca buku ni..buku ni berkait rapat dgn kehidupan..rasanya semua kena baca buku ni..walaupun mcm sesuai utk pempuan ja, laki pun blh baca sekadar teladan..buku ni mengajar kita cinta ilahi adalah segala2 nya..byk yg d rungkaikan terutamanya ttg sosial remaja sekarang, isu2 semasa...harga buku ni RM 12, terbitan Telaga Biru....so kalu senang dapatkat buku ni.... :)
p/s
' wahai permata islam, islam bukan sekadar agama, ia adalah cara hidup'
petikan buku (diambil secara random dri buku)
"abang, sayang masih belajar masak. Tak mampu nk masak sedap. sayang hanya mampu letak perncah Bismillah dan tawakl saja".ujarku
"bagi abang, telur hangit yang sayang masak dirumah lebih sedap daripada nasi beriani yang dibeli dikedai".jawapnnya sungguh bermakna bagi ku. Lega rasanya. Pelbagai persaan yang bergolak kembali tenteram dan pd saat itu juga azamku makin membara untuk memasak yang terbaik.
Suamiku menyambut huluran gelas. dia tidak segera minum sebaliknya memerhatikan aku minum dr gelas yang berbeza..
"abang nk gelas sayang" pintanya., lalu kuhulurkan gelas ditangnku kepadanya.
"abang nak minum dr tempat sayang letakkan bibir," kata suamiku seiring perilaku. Sungguh terhibur ak mengenangkan sirah Rasulullah SAW minum dr tempat Aisyah r.a meletakkan bibirnya. Masyallah kami sedang mempraktikkannya!
"abang sayang sayang lebih," bals suamiku. "tak, sayang syang abang lebih,"..ak xmahu mengalah.."abng sayang lebih..." diapun enggan berganjak. puas ak berfikir, apa taktikku supaya dia menerima kenyataanku?
"abng kata, dlm rumah tangga kena toleransi. anbng bagilah perkataan 'sayang lebih' tu pada sayang. Sayang sayang abang lebih..."rayuku..
"sayang, kita memng kena toleransi kecuali dalm hal ini. Abng terlalu sukakan sayang, Lebih!" Isu 'siapa sayang lebih' sering kami perdebatkan sehari-hari, menambahkan resepi kemesraan.
"sayang, sunah Rasulullah yang mana lagi belum kita buat?"
suamiku bertanya sambil tangnnya sentiasa mesra membelaiku.
"lumba lari", jwabku pantas. kelihatan sebuah seyuman terukir indah dibibirnya.
"nak berlumba?" dia bertanya..
"mm,nak! ak menjawab penuh yakin, yang mengundang reaksi spontanny. suamiku mengangkat kening...