Sukarnya....



sukarnya menjaga mata....tatkala berjalan ke kuliah, meniti jalan yang agak jauh....pelbagai perkara yang bermain di fikiran, tesisnya, mid semnya, dengan labnya....tp 1 menarik nk di kongsi di sini sepanjang perjalanan sukarnya menjaga mata.... sukar....sukar....sukar sgt sukar menjaga mata....kesian pada lelaki...dengan majoritinya mahasiswa semua perempuan....bertudung tapi berpakaian ketat...menjadi trend pada zaman kini...trend fesyen jahil moden...berbaju ketat...berseluar ketat....ada yang lebih pelik bertudung tetapi bertshirt lengan pendek ketat...mereka sangka mereka menutup aurat tetapi umpama tidak berbaju, menampakkan susuk tubuh...kenapa ye berpakaian ketat, bukan ke semakin ketat pakaian semakin sukar pergerakan, semakin sukar untuk bernafas..mungkin mereka berpendapat makin ketat pakaian mereka semakin mereka di pandang orang, semakin bergaya...menjadi lumrah lelaki untuk melihat kepada perempuan dan sebaliknya.......berpakaian ketat menyebabkan timbulnya syahwat...apabila timbulnya syahwat boleh timbulnya fitnah....kemudian timbul pula kemaksiatan yang berleluasa. terkadang untuk menjaga mata, iman, lelaki terpaksa tunduk untuk tidak melihat...tetapi perempuan pula yang tanpa segan silunya menampakkan makhkotanya, ukiran pada dada....imam syafie yang hanya ternampak sedikit betis, tidak dapat menghafal pengajiannya...bagaimana dgn kita lelaki sekarang????

“Dan katakanlah olehmu wahai Muhammad terhadap perempuan – perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan diri mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan disebalik pakaian mereka kecuali yang zahir sahaja dan hendaklah melabuhkan tudung kepala mereka sehingga menutupi paras dada.”
Surah An – Nur ayat 31

“Daripada Abu Hurairah telah berkata, Rasulullah bersabda: Ada dua golongan ahli neraka yang aku tidak sempat melihat perbuatan mereka iaitu satu kaum yang memiliki cemeti seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia. Golongan kedua ialah wanita – wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Mereka bergaya dengan lenggang lenggok untuk memikat lelaki, bila dipujuk senang mengikut, kepala mereka didedahkan dan dihias bagaikan goh – goh unta. Wanita – wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat menghidu baunya walaupun bauan syurga itu didapati dari jarak seribu tahun perjalanan.”


Sepakat ulama sependapat seandainya potongan seluar dipakai wanita menyerupai seluar yang dipakai oleh lelaki sgn ketat serta dipadankan dengan baju yang ketat dan singkat serta sendat seperti T – shirt atau apa – apa fesyen baju yang ketat maka hukumnya adalah haram. Ini kerana pakaian tersebut dikira seolah – olah tidak berpakaian dan tidak sempurna menutup auratnya disebabkan masih nampak melalui bentuk tubuh badan yang jelas.

“Wahai nabi suruhlah isteri – isterimu dan anak – anak perempuanmu, serta perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya sewaktu mereka keluar. Cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali sebagai perempuan yang baik – baik. Maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun dan Penyayang.” Surah Al – Ahzab ayat 59

sejuk ati melihat muslimah yang berpakaian labuh, bertudung labuh, berstokin, menjaga tutucara...tahniah...tapi jgn tinggalkan saudara2 kita....amar maaruf, nahi mungkar dgn mereka....muslimah lebih dekat pada mereka...dekati mereka, tegur...tegur mereka selemah2 iman adalah dgn tidak meredhai....jgn kita ambil tidak peduli...umapama bersubahat, bersetuju dengan mereka...
akuilah.... akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah iman lelaki. seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri.kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri. sesungguhnya Utusan Allah ad mengatakan tentang bahaya dirimu. ' Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita' Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?
novel Tautan Hati.. Fatimah Syarha

p/s

jika ditnya kelak di mahkamah Allah....ak telah menyampaikan, membuka fikiran, dan mencegah kemungkaran....peduli akan saudara seislam kita...ak bukanlah ustaz dan ak akui kekurangan pengetahuanku dalam beragama...tetapi ak peduli ttg islamku....amar maaruf membawa kepada kebaikan dan nahi mungkar cegah kemungkaran itu tanggungjawab semua umat islam...Allah berfirman di dalam surah Ali Imran ayat 110
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia; kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (yakni kufur) serta kamu pula beriman kepada Allah dengan benar-benar iman; dan kalaulah ahli kitab (yakni Yahudi dan Nasrani itu) beriman sebagaimana yang semestinya tentulah iman itu menjadi baik bagi mereka. Tetapi di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. "

3 comments:

Anonymous said...

Salam..alhamdulillah..ana rasa sedikit tersentuh bila mana seorg muslimin berbicara ttg aurat wanita yg semememangnya sgt2 perlu di ambil peduli oleh kaum yg bergelar hawa ini. InsyaAllah doakn saja para kaum ana di luar sana. Moga hidayah Allah bersama mereka. Kita hanya penyeru bkn penghukum! wallahualam

Semoga Allah merahmatimu..

Sue Yahya said...

Salam..alhamdulillah..ana rasa sedikit tersentuh bila mana seorg muslimin berbicara ttg aurat wanita yg semememangnya sgt2 perlu di ambil peduli oleh kaum yg bergelar hawa ini. InsyaAllah doakn saja para kaum ana di luar sana. Moga hidayah Allah bersama mereka. Kita hanya penyeru bkn penghukum! wallahualam

Semoga Allah merahmatimu..

mencari.kebenaran.islam said...

salam..
alhamdulillah sejuk hati ana bila dengar ayat nie..xsangka kaum muslimin berpendapat muslimat yang menutup aurat begitu...syukur alhamdulillah..syukran..

"sejuk ati melihat muslimah yang berpakaian labuh, bertudung labuh, berstokin, menjaga tutucara...tahniah...tapi jgn tinggalkan saudara2 kita....amar maaruf, nahi mungkar dgn mereka....muslimah lebih dekat pada mereka...dekati mereka, tegur...tegur mereka selemah2 iman adalah dgn tidak meredhai....jgn kita ambil tidak peduli...umapama bersubahat, bersetuju dengan mereka...
akuilah.... akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah iman lelaki. seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri.kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri. sesungguhnya Utusan Allah ad mengatakan tentang bahaya dirimu. ' Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita' Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?"

Post a Comment