Aku terima nikahnya...


salam...dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...
sekadar ingin berkongsi khutbah jumaat td ttg perkahwinan...smasa awal khutbah khatib mengingatkan kepada jemaah agar jgn tidur semasa khutbah...bgus2..huhu jadi jemaah nk tdo pun tersegan...perkahwinan adalah ibadah, mengeratkan ukhwah, menyatukan dua jiwa daripada berlainan latar...dan perkahwinan menghalalkan pergaulan bebas yang haram...point ni kena tekankan untuk atasi masalah pembuangan zuriat..
Perkahwinan sepatutnya indah..ptongan ayat daripada surah al-baqarah ayat 187 yang bermaksud "Isteri-isteri kamu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka"... itulah pentingnya kesefahaman dan menerima seadanya di dalam rumah tangga..cuba bayangkan jika pakaian malu itu ditanggalkan...

Sepertimana statistik dari majlis agama islam selangor purata sehari 8 kes penceraiaan dilaporkan...umpamanya jika 1 hari ada 4/5 majlis perkahwinan dan lebih banyak penceraiaan berlaku..sama2 kita baca hadis di bawah...

Sabda nabi S.A.W "Dikahwini wanita itu(untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya,dan agamanya.Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu)wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu" (riwayat Bukhari dan Muslim).

betapa pentingnya agama dalam memacu manusia...sikap tolak ansur, memahami tanggungjawab suami isteri dan pegangan pada prinsip pada agama dapat memacu keluarga yang bahagia...

antara ayat2 quran dalam khutbah td...

" Dan kahwinilah orang bujang daripada kalangan kamu dan orang yang (berkahwin) daripada kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurniaannya kerana Allah maha luas (rahmatnya), lagi maha maha mengetahui" surah an-nur ayat 32

"Dan antara tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya) bahawa dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu hidup bahagia denganya dan dijadikanNya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan kasihan belas. sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang berfikir." surah ar-rum ayat 21

bagi yg tgh couple cpt2 kahwin, xelok lama2 couple...couple pun xelok...manis lagi bercinta selepas kahwin...nk tau manisnya bercinta selepas kahwin boleh klik link ni n dapatkan buku dia...suma pengalaman yang dilalui dengan pasangan adalah pertama kali dan halal...

p/s
bataskan pergaulan antara laki dan pereempuan...
halakan hubugan...

0 comments:

Post a Comment