As a muslim..sbg muslim..sbg negara islam mungkin...

MEULABOH Indonesia 27 Mei - Dalam usaha menguatkuasakan undang-undang Syariah, daerah Aceh Barat di Indonesia hari ini mula mengedarkan skirt labuh dan longgar kepada wanita-wanita yang ditahan kerana memakai seluar jean ketat. Wilayah paling barat di Aceh itu merupakan satu-satunya daerah yang mengamalkan undang-undang Syariah di negara yang dihuni paling ramai penganut Islam di dunia. Parlimen tempatan sebelum ini meluluskan undang-undang kontroversi September lalu yang membenarkan golongan dewasa yang didapati melanggar undang-undang Syariah yang berkaitan direjam dengan batu hingga mati. Pasukan polis Syariah Aceh Wilayatul Hisbah yang mula melaksanakan serbuan ke atas pasangan yang belum berkahwin, individu yang berjudi dan mabuk, hari ini mengadakan satu sekatan jalan raya bagi memeriksa kereta-kereta dan bas-bas bagi menahan wanita yang memakai seluar ketat. Pesalah akan dibawa ke sebuah pos keselamatan dan butiran peribadi mereka akan direkodkan. Mereka juga akan diberi penerangan ringkas tentang undang-undang Syariah dan diarah memakai satu daripada 20,000 helai skirt labuh yang ditempah daripada tukang jahit di Jakarta. Pesalah juga diminta menandatangani satu perjanjian agar tidak mengulangi kesalahan mereka. Pemerintah Aceh Barat, Ramli Mansyur berkata, peraturan tersebut diperkenalkan kerana beliau 'malu dengan gaya pemakaian di Aceh yang terlalu terbuka'. Polis Syariah akan mengambil masa beberapa bulan untuk mendidik rakyat tempatan tentang undang-undang baru tersebut. Ramli berkata, selepas Ogos ini, pesalah terbabit boleh dikenakan hukuman penjara seminggu. Walaupun kebanyakan wanita mematuhi arahan memakai skirt berkenaan, sebahagian daripada mereka tidak begitu gembira. BANDA ACEH 8 Jun - Premis-premis perniagaan di wilayah Aceh, tidak lama lagi akan diharamkan menjual pakaian yang ketat. Pengumuman itu dibuat selepas polis Syariah di Banda Aceh menahan dan menegur lebih 50 wanita dan tiga lelaki kerana melanggar kod berpakaian secara Islam, termasuk memakai pakaian ketat dan pendek. Ketua penguatkuasa agensi yang memantau pelaksanaan undang- undang Syariah di Aceh, Samsuddin berkata, pejabatnya akan mengeluarkan satu pekeliling yang akan mengharamkan premis-premis perniagaan menjual pakaian ketat. ''Gabenor Aceh yang baru dipilih juga menyokong pelaksanaan undang-undang Islam itu," kata Samsuddin. Polis Syariah di Aceh sering melakukan rondaan untuk menguatkuasakan undang-undang Islam dan mengharamkan kelakuan tidak wajar antara pasangan yang belum berkahwin. Pegawai akan merekodkan butiran peribadi mereka yang ditahan melakukan kesalahan, menasihati mereka dan memaklumkan bahawa mereka mungkin akan dipenjara atau dirotan jika ditahan sekali lagi. Menurut Samsuddin, agensinya telah menahan kira-kira 300 wanita yang melanggar kod berpakaian secara Islam dalam tempoh dua bulan lalu. - DPA p/s Allah suruh wanita ttup aurat dgn sempurna satu sbbnya Allah syg kpd yg bernama WANITA..Allah jga insan yg bernama Wanita..fikirknnya..

0 comments:

Post a Comment