Ayuh mujahid cinta...

Perjuangan jihad mujahid cinta bukanlah berdasarkan atas rasa benci dan permusuhan sesama manusia, namun jihad itu harus berdasarkan rasa cinta sesama manusia. Jihad itu lantas merupakan keupayaan menyelamatkan sesama manusia dari lumpur dosa dan maksiat
Dalam usaha menegakkan ammar maaruf nahi mungkar, pasti terjadi pergeselan antara manusia yang masih enak dalam selimut zaman jahiliah dengan para mujahid cinta. Walau bagaimanapun harus diketahui oleh semua manusia bahawa pertembungan itu tidak membuat tali silaturahim terputus. Sesungguhnya silaturahim itu yang akan membuka pintu
hidayah untuk kembali hidup dan berjalan di jalan yang diredhai Allah S.W.T

Dalam keadaan ini, strategi jihad harus bersifat seperti menarik rambut dalam tepung, biar tepung tidak berselerak dan rambut tidak putus.

Dilakukan dengan penuh hikmah dalam menegur dan menasihat.

petikan buku "mujahid cinta, panduan luahan hati dan cinta suci"

0 comments:

Post a Comment