kamu umat yang terbaik....

' Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia; kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (yakni kufur) serta kamu pula beriman kepada Allah dengan benar-benar iman; dan kalaulah ahli kitab (yakni Yahudi dan Nasrani itu) beriman sebagaimana yang semestinya tentulah iman itu menjadi baik bagi mereka. Tetapi di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. ' ali imran ayat 110.

salam...smlm di masjid ad ceramah oleh ustaz Masridzi Sat....
' kalu saya bagi ceramah banyak ni ja dtg..kena jemput ustazah..ustazah mariah carey ke ustazah britney baru 80 000 org dtg ' hehe...sindir ustaz....
ceramah ustaz membukakan mata ttg runtuhnya pemuda2, umat islam zaman sekarang...bagaimana perlunya pemangkin meniti ke arah kebaikan..ustaz bawa ayat 110 surah ali imran.... kamu umat nabi Muhammad SAW...umat yang terbaik dijadikan Allah....tetapi kenapa ramai yang terlibat dengan zina, rasuah, pecah belah di majoritinya oleh org islam.....knp??? kenapa keruntuhan akhlak remaja ramainya remaja islam....point nya mudah...tiada tarbiyyah islam...tarbiyyah islam di dalam keluarga dan keseluruhannya masyarakat.....andai nya anak2 di tarbiyyah elok dengan islam, tiada masalah keruntuhan akhlak remaja di kalangan anak2....3 formula untuk menjadi umat yang terbaik....amar maaruf, nahi mungkar dan beriman dengan sebenar-benar iman kepada Allah....terkadang bila kita mencegah kemungkaran ustaz kata kita terlalu menjaga hati dan perasaan org tersebut....berkata benar walaupun pahit....
ustaz di bawah PERKID aktif di dalam berdakwah dan mencegah kemungkaran..di antaranya menggempur pesta2 di malam kemerdekaan, malam tahun baru, dan pasangan2 yang berdua2 di kawasan gelap....lebih menyedihkan operasi dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia, terdapat juga pasangan2 yang di tangkap...mereka akan di bawa ke masjid untuk sesi kaunseling..yang perempuan akan di beri telekung.... ayat yang terngiang2 di dalam video sesi kaunseling yang d pertontonkan....
' kamu sekarang ni sedang lari daripada hidayah Allah, lari daripada nikmat iman Allah yang bagi pada kamu'
lebih menyedihkan lagi tentang isu murtad....ad anak gadis yang tergadai kehormatannya, mabuk, berzina dan murtad....
semoga kita semua dihindari daripada perkara2 tersebut...amin allahumma amin...

p/s

ayuh pemuda pemudi islam kembalikan kegemilangan islam...
berdakwah dan mencegah kemungkaran.....
syumul islam....

0 comments:

Post a Comment