Checklist raya

As salam..Maha suci Allah..segala puji bg Allah..Allah maha besar..selawat dan salam atas nabi SAW...CHECKLIST SYAWAL


PERTAMA

 رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
 "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui; 

Ya Allah..terimalah puasaku, amal ibadah yg ak lakukan spnjg ramadhan ini...Alhamdulillah hampir kita selesai ramadhan pada tahun ini.Sama2 kita berdoa amalan kita spnjg Ramadahn d terima..tiba masanya syawal mnjelma bg meraikn kemenangan kita..bak kta imam besar masjid negara, hari raya ni ibadah yg kita lakukan dgn rasa seronok..nk d highligtkn disini perkataan ibadah..jd jgn cemarkn dgn bnda yg x sepatutnya...kemenangan yg d maksudkn kemenangan berpuasa dan insyaAllah mncapai matlamat berpuasa..moga2 kita mnjadi hamba yg bertqwa..lebih baik dari sblmnya..

KEDUA
mnjadi sunnah nabi SAW mnghidupkn mlm raya dgn mmperbyakkn tasbih tahmid takbir memuji Allah..dmana tidak akan mati hati kita itu jaminannya jika kita hidupkn mlm2 raya..jika d segmbut biasanya mlm raya dihidupkn dgn amlan solat sunat tasbih kemudian bertakbir dr rumah ke rumah dan takbir sehingga pg syawal d surau..ayuh saudaraku..bykkn tasbih tahmid takbir pada mlm hari raya..bukan dgn dpenuhi dgn hiburan semata..ayuh kita cuba isi sebaiknya..

KETIGA

mandi sunat aidilfitri..pakai pakaian yg baik2..memakai bau2an...merapikn rambut..kuku..dan sblm pg ke masjid, makan sekurangnya 3 biji tamar..makan dahulu..pergi pada jalan yg lain dan balik pada jalan yang lain (tujuannya berjumpa dan berziarah sesama muslim)..buat diriku dan saudara ku..jika pakai pkaian yg baru yg cntik blaka yg hebat fesyenya jgnlah berbnga diri menunjuk2..tp niatkn ak pki pkaian yg baik2 d pagi raya ini kerana mngikuti sunnah nabi..dan ak lakukan sunnah nabi SAW ini dgn niat dan doa dari nabi SAW..bg yg bergelar mslimah..tutup lah aurat dgn smpurna..sbb Allah itu baik dan Allah suka kpd bnda2 yg baik..pkai lah pkaian yg baik tutup aurat dgn sempurna..xusah malu pada manusia..malu lg pada Allah..itu selayaknya..

KEEMPAT

solat sunnat aidilfitri..ayuh saudaraku..solat tu sat ja..kita luangkn masa mndgr khutbah bg pengisian yg baik dpg yg baik.ziarah kubur..ziarah kubur utk mingatkn kita pada kematian..bermuhasabah dan doakan buat yg tlh mndahului kita..

KELIMA

ini yg sring d lupa..apabila bersama sanak saudara bila berkumpul d satu rumah..bersama rakan2..raya bukan perlepasan, bukan lesen utk lupa batas pergaulan...batas aurat sesama..jgn d cemarkn hari raya ni..ingt aurat dgn bukan mahram..batas sentuhan dgn bukan mahram..ayuh ulang kaji skit..siapa yg mahram dan bukan mahram? blh x bersentuh dgn bukan mahram??


وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. Surah Annur ayat 31

saudara dalam ayat tu merujuk kepada adik beradik bukan sepupu..maknanya di antara sepupu ad batas aurat dan batas sentuhannya..ad juga batas aurat di antara ipar duai..terkdang kita tahu kita sedar..tp kita ambil enteng perkara ni..lg2 batas aurat dan pergaulan dgn rakan2..ingtlah yg bernama muslimah...sbnrnya Allah amat kasih amat syg kepada yg bergelar wanita..
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. surah al ahzab ayat 59

dri web mufti melaka..mufti melaka sarankan tetaplah jaga aurat walau sesama mahram krn d kuatiri timbul fitnah pada zaman fitnah ini..maka jagalah..
KEENAM
jgn kita lupa pada yg memerlukan..terutamanya saudara mara kita sendri..dan rayalah dgn kesederhanaan..jika emnjemput org dtg ke rumah jgnlah ada perasaan nk menunjuk nk berbngga dgn rumah tu dgn makanan nya perhiasan rumahnya..moleknya kita niatkan utk menjamu tetamu..untuk sedakh dan utk eratkan ukhwah sesama islam..yg penting kesederhanaan dan ikhlas..
وَآتِ ذَا الْقُرْبَىٰ حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيرً
Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.


إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ ۖ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا
Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.( al isra' 26-27)

P/S

Salam aidilfitri..semoga semua amalam kita diterima..amin allahumma amin..abid minta maaf semuanya..

Published with Blogger-droid v2.0.6

0 comments:

Post a Comment